Siakap Keli
Sheikh Jassim pemilik united
Gambar: Fabrizio Romano

Peminat Setia Man United, Kenali Sheikh Jassim

Peminat Setia Man United, Kenali Sheikh Jassim

Seperti yang diketahui, kita berada di hujung saga pemilikan kelab dari liga Inggeris, Manchester United. Setelah beberapa bulan menjadi persoalan dalam dunia bola sepak khususnya peminat kelab itu.

Keluarga Glazer bakal mengumumkan nama pemilik baharu kelab yang bakal memimpin kelab paling popular di England itu.

Sepanjang lapan bulan tawaran pembelian kelab itu dibuka, terdapat dua individu yang betul-betul berhasrat menyatakan minat terhadap United.

Dua individu tersebut adalah Jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe dan Anak Menteri Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani.

Walau bagaimanapun, menerusi satu Tweet oleh @al_watanQatar mendakwa Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani telah berjaya dalam saga pemilikan The Red Devils.

Namun, masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan buat masa ini berhubung kenyataan tersebut. Sekiranya, laporan tersebut benar, bagaimanakah nasib yang bakal dihadapi oleh kelab England itu setelah menerima “Bos Baru”.

Oleh itu, mari kita ketahui dengan lebih mendalam tentang latar belakang Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani di bawah.

Siapa Sheikh Jassim?

Gambar: Fabrizio Romano

Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani merupakan kerabat diraja Qatar dan merangkap pengerusi Qatar Islamic Bank (QIB), bank terbesar di Qatar.

Beliau merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Qatar, Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani.

Beliau telah mendapat pendidikan di sekolah berasrama penuh di United Kingdom sebelum melanjutkan pendidikan di sebuah Akademi Tentera Diraja di Sandhurst.

Pada usia dewasanya, Sheikh Jassim telah meraih pelbagai kejayaan sewaktu di QIB dan menjadi antara individu yang berpengaruh di Qatar.

Kenapa Syeikh Jassim Sangat Berminat Dengan Manchester United?

Gambar: AFP

Sheikh Jassim merupakan peminat setia kelab itu sejak kecil. Walaupun tiada bukti yang mengesahkan perkara itu, namun, beliau pernah beberapa kali menghadiri beberapa perlawanan United.

BACA JUGA: Manchester United Dah Jadi Milik Sheikh Jassim?

Difahamkan, minatnya yang mendalam terhadap kelab itu diterjemahkan dalam penubuhan yayasan, Nine Two Foundation bersempena era David Beckham, Paul Scholes dan Gary Neville yang mendorong kegemilangan United pada 1992.

Nilai Saham Yang Sheikh Jassim

Menurut laporan Forbes, kekayaan peribadi Sheikh Jassim dianggarkan sekitar $1.5 bilion (RM6.9 bilion). Pada suku pertama 2023, pendapatan bersih pengerusi QIB itu melebihi daripada $620 juta.

Sementara itu, bapanya mempunyai jumlah harta bernilai $1.2 bilion (RM5.5 bilion) namun nilai kekayaan keluarga diraja itu dianggarkan mencecah $275 bilion (RM1.26 trilion).

Bidaan Yang Dibuat Bagi Mendapatkan Manchester United

Gambar: AFP

Menurut laporan, Sheikh Jassim telah menghantar tawaran terakhir terhadap kelab itu pada 7 Jun. Difahamkan, beliau telah membida United untuk kali terakhir dengan nilai lebih daripada $7.5 bilion (RM34.2 bilion).

Jelas Sheikh Jassim dalam bidaan tersebut, beliau tidak akan membuat mana-mana rundingan lagi selepas itu untuk mendapatkan United pada 9 Jun lalu.

Dalam bidaan tersebut, Sheikh Jassim menyatakan hasrat dengan jelas untuk membeli 100 peratus saham Manchester United. Manakala pesaingnya Sir Jim Ratcliffe dan INEOS adalah untuk kepentingan majoriti sekitar 69 peratus.

Selain itu, beliau juga telah berikrar untuk melunaskan hutang kelab itu yang berjumlah kira-kira $650 juta (RM3 bilion) pada bulan Mac lalu.

Bukan sahaja itu,  Sheikh Jassim komited dalam membuat penambahbaikan kemudahan latihan lelaki dan wanita, melabur dalam komuniti tempatan, dan membangunkan semula Old Trafford.

Sheikh Jassim dalam satu kenyataan berkata beliau ingin mengembalikan semula zaman kegemilangan kelab itu sama ada di dalam padang mahupun luar padang.

Sumber: The Sporting News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?