Siakap Keli
ular kipas siling terpelanting
Gambar: TikTok @Lupe Garcia

Tengah Syok Rakam, Pemilik Rumah Terkejut Tiba-Tiba Ular Terpelanting Dari Kipas Siling

Tengah Syok Rakam, Pemilik Rumah Terkejut Tiba-Tiba Ular Terpelanting Dari Kipas Siling

Ular sememangnya haiwan berdarah sejuk. Jadi tidak hairan sekiranya haiwan ini seringkali ditemukan di kawasan yang teduh, sejuk dan juga kawasan rumah kita yang tidak terkecuali daripada reptilia ini.

Umum mengetahui, sesetengah spesies ular mempunyai bisa yang boleh memudaratkan badan manusia sekiranya kita dipatuk olehnya. Hal ini kerana pada taring mereka tersimpan bisa atau racun venom yang mengalir apabila dipatuk.

Namun, tidak semua reptilia ini mempunyai bisa, ada juga yang menggunakan kekuatan otot badan untuk melilit mangsanya.

Lebih menakutkan, kedatangan reptilia itu memang tidak terjangka dan boleh menyebabkan sesiapa saja meremang.

Ular “Ditampar” Kipas Siling Terus Terpelanting

Baru-baru ini tular mengenai seekor ular yang dilihat berlingkar pada kipas siling. Awalnya, reptilia itu membelit pada bahagian badan kipas siling yang sedang berputar.

BACA JUGA: Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi 

Perlahan-lahan haiwan itu cuba bergerak di atas kipas yang sedang berputar ligat itu. Bagaimanapun, haiwan itu beberapa kali “ditampar” bilah kipas berkenaan.

Perkara itu mengakibatkan daya lilitan haiwan itu semakin kurang sehingga terpelanting ke arah seorang pemilik rumah.

Kedengaran suara dalam video berkenaan seolah-olah individu terbabit terkejut dengan kehadiran ular itu yang tercampak ke arahnya. Apatah lagi dia ketika itu disyaki sedang asyik menonton TV di depannya.

@lupitasheila

#fyp #viral when you thought it was going to be a regular day at home….. #capcut #snake #jumpscare #home #parati

♬ original sound – Lupe Garcia

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyifatkan diri mereka seperti kehilangan nyawa melihat reptilia itu tercampak ke arah pemilik video berkenaan.

 

“Jiwa saya mungkin telah berpisah dari tubuh saya,” kata seorang netizen.

ular kipas siling terpelanting

“Saya mungkin mati dengan segera!!! Saya sangat takut dengan ular!,” komen Emsss.

“Jiwa saya telah berpisah dengan badan saya selepas ketawakan ia (ular),” tulis H.

ular kipas siling terpelanting

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku dan apa nasib ular tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 9.2 juta tanda suka dan 87.8 juta tontonan di TikTok.

Ia juga telah tular di semua media sosial sejak semalam.

BACA JUGA: Berbakti Hingga Akhir Hayat, Pelajar Cemerlang Imamkan Solat Jenazah Ibu

Sumber: TikTok @Lupe Garcia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?