Siakap Keli
penampakan ular gergasi
Gambar: TikTok @gabrito4

Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi 

Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi 

Ular merupakan seekor reptilia berdarah sejuk. Haiwan ini kebanyakan tinggal di dalam hutan dan di sekitar kawasan petempatan manusia.

Terkenal dengan sifat agresif, sebahagian haiwan ini mempunyai bisa yang boleh membawa maut sekiranya dipatuk. Bukan sahaja itu, juga mempunyai pelbagai corak, dan saiz yang berbeza.

Tambahan lagi, ia juga terkenal dengan mulut yang mampu menelan apa sahaja termasuk seekor kambing dan lembu. Dengan status ini, tidak hairan mengapa ular sangat merbahaya dan ditakuti oleh orang ramai.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seekor ular gergasi dipercayai anakonda. Difahamkan, kejadian itu dipercayai dirakam oleh penduduk tempatan di sebuah daerah di Bonito, Brazil.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna @gabrito4 di platform TikTok.

Dalam klip rakaman berdurasi 20 saat itu memperlihatkan kelibat ular itu sedang bergerak di atas tanah bersebelahan longkang secara perlahan tanpa sebarang gangguan.

Penampakan ular gergasi

@gabrito4

Fim de tarde no bairro solar dos lagos em Bonito-MS O bairro é cercado de um reserva e tem vários lagos. É comum ver animais silvestres como cobras, anta, tamanduá.. #bonito #sucuri #matogrossodosul #pantanal #sucuriverde #ecoturismo #turismo #bodoquena #serradabodoquena #anaconda

♬ Waterfall (Nature Sounds) – Deep Sleep Music

Jika dilihat, ia seolah-olah sedang mencari punca air di sekitar kawasan berdekatan. Tambahan lagi, pada akhir klip video menunjukkan ular berkenaan menuju ke dalam saluran air berdekatan.

BACA JUGA: Bangkok Dipenuhi Ular, Operator Terima Panggilan Kecemasan Setiap 15 Minit

Penampakan haiwan itu disaksikan oleh masyarakat tempatan. Mereka juga dilihat tenang tanpa sedikitpun rasa cemas terhadap reptilia berwarna berbintik hitam itu.

Respon Orang Ramai

Sementara itu, menjengah ke dalam ruang komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan haiwan itu. Apatah lagi saiznya yang sangat besar.

Sesetengah pengguna menyatakan ketakutan dan kegusaran mereka selepas melihat makhluk tersebut. Selain itu, ada juga pengguna yang teruja melihatnya.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 5.8 juta tontonan, lebih 165,000 tanda ‘Suka’, dan 6,000 komen di TikTok dalam tempoh dua hari.

Penemuan Ular Sawa Gergasi Sepanjang Tujuh Meter

Terdahulu, seekor ular sawa raksasa telah ditemui oleh penduduk kampung di Kabupaten Muna Barat, Sulawesi Tenggara, Indonesia sewaktu memotong rumput di kebun, lapor Detik.com.

Difahamkan, ular sepanjang tujuh meter itu mempunyai berat mencecah 130 kilogram. Ia ditemui melingkar dalam sebuah kebun yang bakal dijadikan ladang jagung.

Sumber: TikTok @gabrito4

BACA JUGA: Keluarga Temui Dua Ular Sawa Batik Di Atas Siling Rumah

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?