Siakap Keli
bangkok dipenuhi ular
Gamabr FB Pangrum Dindaeng Photograph via Wion News

Bangkok Dipenuhi Ular, Operator Terima Panggilan Kecemasan Setiap 15 Minit

Terkenal sebagai tempat ‘raja ular’, bandar Bangkok di Thailand dilapor ‘bingit’ dengan panggilan kecemasan daripada orang awam selang 15 minit  untuk dapatkan bantuan mengenai penemuan ular di kediaman penduduk.

Lapor Wion News, pasukan penyelamat menyatakan kira-kira 200 panggilan dibuat setiap hari di Bangkok untuk meminta bantuan kecemasan disebabkan oleh kemunculan haiwan-haiwan perosak termasuk ular dan tebuan.

Pengendali talian berkata panggilan yang dibuat oleh pemanggil adalah rata-ratanya mengenai kes ular memasuki rumah mereka dan setakat angka yang direkodkan, sebanyak 60,000  tangkapan ular dilakukan setiap tahun.

“Secara purata, laporan dibuat setiap 15 minit sepanjang hari setiap tempoh 24 jam,” kata pengendali talian tersebut menerusi Wion News.

Data itu didedahkan kepada umum sebagai reaksi kepada siaran foto dalam talian mengenai gambar seekor ular sawa besar (spesies ular tidak berbisa) dan dilihat tergantung pada sebatang pokok di daerah Din Daeng.

Tambahnya, pihak berkuasa turut mencatat rekod kejayaan melebihi 90 peratus melalui penangkapan ular.

Reptilia itu turut dihantar ke Jabatan Taman Negara Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand supaya ia diperkenalkan semula dengan habitat serta persekitaran semulajadi yang sesuai.

Menurut Perunding Pertubuhan Taman Zoologi Dr Alongkorn Mahanop, reptilia tersebut masih belum mempunyai bancian rasmi dan disebabkan itu tiada angka tepat disediakan.

Beliau membuat anggaran kasar bahawa kebanyakan setiap daerah berkemungkinan mempunyai hampir 1,000 ekor ular yang mendiami di kawasan tersebut.

“Populasi ular yang tinggi di Bangkok adalah disebabkan rakyatnya tidak memakan ular, bermakna reptilia itu tidak mempunyai pemangsa langsung di bandar itu.

“Manakala mempunyai banyak mangsa seperti anjing, kucing dan ayam,” kata Dr Alongkorn.

Sumber: Wion News

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana