Siakap Keli
simptom pendarahan otak
Gambar; Medical News Today

Ambil Tahu, Ini Simptom-Simptom Pendarahan Otak

Ambil Tahu, Ini Simptom-Simptom Pendarahan Otak

Setiap dari kita semestinya mengimpikan untuk hidup dalam keadaan normal serta sihat sejahtera, namun kadang kala datang pelbagai penyakit yang tidak terduga.

Justeru, jagalah kesihatan tubuh badan sebaiknya agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Dalam masa sama, salah satu kerisauan orang ramai adalah apabila berlakunya pendarahan otak. Bagi yang belum tahu, ia adalah masalah yang berkait dengan strok.

Pendarahan otak adalah salah satu penyakit yang merisaukan dan besar kemungkinan semua antara kita berisiko dengan penyakit ini jika tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Namun begitu, pasti ramai antara kita masih tertanya-tanya bagaimana supaya  dapat mengelakkan  diri daripada terkena pendarahan otak bukan ?

Oleh itu, ikuti penerangan Hello Doktor di bawah untuk mengetahui simptom dan cara merawat pendarahan otak.

Apa itu Pendarahan Otak?

 

Turut dikenali sebagai pendarahan intraserebrum (ICH) adalah sejenis strok. ICH berlaku apabila darah tiba-tiba pecah ke dalam tisu otak, menyebabkan kerosakan kepada otak.

Darah dari trauma menyebabkan iritasi pada tisu otak, yang mengakibatkan bengkak. Ini dikenali sebagai edema serebrum. Darah yang terkumpul berhimpun membentuk hematoma.

Keadaan ini meningkatkan tekanan ke atas tisu di sekitarnya, akhirnya membunuh sel-sel otak.

Ini adalah kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera. Kebanyakan pesakit akan mengalami beberapa tahap hilang upaya yang kekal.

Sesetengah pesakit sembuh sepenuhnya. Komplikasinya termasuklah strok, hilang fungsi otak, atau kesan sampingan daripada ubat-ubatan atau rawatan.

Kematian mungkin berlaku, dan boleh berlaku dengan cepat walaupun dengan rawatan perubatan yang segera.

Apakah kebarangkalian Pendarahan Otak?

Keadaan kesihatan sangat biasa berlaku dan dijumpai pada sebarang peringkat umur. Ia lebih sering dihidapi oleh lelaki berbanding perempuan.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Gambar; Medical News Today

BACA JUGA: Kenali Hoarding Disorder, Tabiat Suka Simpan Barang Lama & Sayang Nak Buang

Apakah simptom-simptom Pendarahan Otak?

Antara simptom umum pendarahan otak ialah pertama, sakit kepala secara tiba-tiba yang teruk. Kedua, anda akan rasa lemah pada lengan atau kaki. Simpton ketiga  ialah Loya dan muntah. Simpton keempat, kecerdasan berkurang. Kelima, kesukaran bercakap atau memahami pertuturan dan kesukaran menelan.

keenam, kesukaran menulis atau membaca. Simpton yang lain ialah masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata. Simpton berikutnya ialah hilang keseimbangan, koordinasi dan pening. Simpton yang seterusnya ialah sikap tidak peduli, mengantuk dan lesu. `Simpton kelapan ialah hilang kesedaran. Simpton kesembilan, Kekeliruan dan kecelaruan.- Simpton terakhir ialah Deria rasa yang tidak normal.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Pendarahan Otak?

Terdapat beberapa tanda pendarahan otak antaranya ialah disebabkan Trauma. Kecederaan adalah punca utama pendarahan dalam bagi mereka yang berusia lebih muda daripada 50 tahun. Selain itu, Tekanan darah tinggi. Keadaan kronik ini jika berlarutan dalam tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan dinding saluran darah lemah. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat adalah punca utama pendarahan yang boleh dicegah.

Selain itu punca yang seterusnya ialah Aneurisme. Dinding saluran darah yang lemah boleh mengembang sehingga pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak. Selain itu, Keabnormalan saluran darah. Kelemahan dalam saluran darah di dalam dan sekitar otak boleh berlaku sejak lahir dan hanya didiagnosis apabila terdapat simptom. Punca berikutnya ialah Amiloid angiopati. Ini adalah satu kelainan pada dinding saluran darah yang kadangkala berlaku dengan penuaan dan tekanan darah tinggi. Ia boleh menyebabkan banyak pendarahan kecil yang tidak disedari hinggalah berlakunya pendarahan besar.

punca pendarahan otak boleh juga berpunca dari penyakit darah atau pendarahan. Hemophilia dan anemia sel sabit kedua-duanya boleh menyumbang kepada penurunan tahap platelet darah. Selain itu ialah berpunca dari penyakit hati. Keadaan ini dikaitkan dengan peningkatan risiko pendarahan secara umum. Akhir sekali, terdapat Ketumbuhan otak.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pendarahan Otak?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko, seperti pertama Penyakit jantung, seperti tekanan darah tinggi. Kedua, ICH lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita. ICH lebih biasa berlaku dalam kalangan African Americans dan rakyat Jepun usia muda dan pertengahan umur.

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimana pesakit Pendarahan Otak didiagnosis?

Doktor anda boleh menentukan bahagian otak anda yang terjejas berdasarkan simptom anda.

Pelbagai ujian pengimejan, seperti imbasan CT atau MRI boleh mendedahkan pendarahan dalaman atau pengumpulan darah.

Pemeriksaan neurologi atau mata, yang boleh menunjukkan saraf optik yang membengkak boleh dilaksanakan.

Tusukan lumbar (spinal tap) biasanya tidak dilakukan, kerana ia mungkin berbahaya dan memburukkan lagi keadaan.

Bagaimana pesakit dirawat?

Rawatan bergantung kepada lokasi, punca, dan kedalaman pendarahan.

Pembedahan mungkin diperlukan untuk mengurangkan bengkak dan mencegah pendarahan.

Bergantung kepada lokasi darah beku, craniotomi atau aspirasi stereotaktik boleh dilaksanakan. Ubat-ubatan tertentu juga boleh ditetapkan.

Ini termasuklah ubat penahan sakit, kortikosteroid, atau diuretik untuk mengurangkan bengkak dan anticonvulsants untuk mengawal sawan.

Rawatan jangka panjang akan diperlukan untuk mengatasi simptom yang disebabkan oleh kerosakan otak.

Bergantung kepada simptom-simptom anda, rawatan mungkin termasuk terapi fizikal, pertuturan, dan pekerjaan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pendarahan Otak?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani keadaan ini. Antara cara merawat simpton pendarahan otak yang boleh dilakuka ialah membuat rawatan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan bahawa 80% daripada pesakit yang mengalami pendarahan mempunyai sejarah tekanan darah tinggi. Perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah pencegahan melalui diet, senaman, dan ubat-ubatan. Kedua, elakkan supaya tidak merokok

Selain itu, berhati-hati dengan beberapa bahan seperti kokain yang boleh meningkatkan risiko pendarahan. Seterusnya, memandu dengan berhati-hati, dan memakai tali pinggang. Berikutnya, anda perlu memakai topi keledar jika anda menunggang motosikal.

Perkara berikutnya ialah berwaspada dengan penggunaan Coumadin. Jika anda mengambil ubat yang turut dikenali sebagai warfarin ini, pastikan anda hadir temu janji berkala dengan doktor anda untuk memastikan tahap dalam darah terkawal. Seterusnya ialah memastikan diabetes di bawah kawalan. Terakhir ialah Mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Sumber: Hello Doktor

Ezzatul Syafiqah