Siakap Keli
Syamsul yusof ceraikan puteri sarah
Gambar: Sinar Harian

Syamsul Yusof Sah Ceraikan Puteri Sarah Talak Satu

Syamsul Yusof Sah Ceraikan Puteri Sarah Talak Satu

KUALA LUMPUR — Pengarah Filem ‘Mat Kilau’ Syamsul Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap bekas isterinya, Puteri Sarah, 38, dengan talak satu sebentar tadi, lapor Sinar Harian.

“Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” kata Syamsul sewaktu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Lafaz yang diucapkan itu sekaligus menjadi noktah dalam kemelut rumah tangga bekas pasangan itu sebelum ini. Pengesahan cerai kedua selebriti itu berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

Puteri Sarah yang tiba di mahkamah dengan mengenakan pakaian kurung moden berwarna kelabu tidak menampakkan perubahan emosi yang ketara pada wajahnya sebaik lafaz cerai diucapkan.

Ketika prosiding, permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, terhadap suaminya pada 16 Januari lalu dibenarkan oleh mahkamah.

Kemelut Rumah Tangga

Difahamkan, isu rumah tangga yang dihadapi oleh mereka telah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Syamsul yang merupakan anak kepada Datuk Yusof Haslam tidak membuka mulut kepada umum.

Pada 6 Januari lalu, teka-teki mengenai hubungan Syamsul dan Ira Kazar akhirnya terjawab apabila bekas suaminya itu mengakui telah mengahwini wanita terbabit di Thailand.

BACA JUGA: Tak Jadi Bercerai, Syamsul Tak Lafazkan Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Susulan itu, Puteri Sarah telah membuat permohonan cerai terhadap Syamsul pada 16 Januari.

Permohonan itu telah dilakukan menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Untuk makluman, kedua-dua mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014. Sejak itu, Syamsul dan Puteri Sarah dikurniakan dua anak, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Enggan Lafaz Cerai 

Terdahulu, pengarah filem terbabit enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di Mahkamah Rendah Syariah, lapor Sinar.

Sewaktu prosiding itu, Syamsul hadir bersama peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakilinya selaku defendan.

Manakala, Puteri Sarah sebagai plaintif hadir bersama penguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak diperintahkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.