Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Bawa Beg Berisi Mayat Ibu Ke Balai Polis, Nekad Serah Diri
Seorang wanita berusia 35 tahun dilaporkan menyerahkan dirinya di balai polis bandar Bengaluru, India selepas membunuh dan menyumbat mayat ibunya dalam sebuah beg pakaian, lapor Wion News.
Insiden itu dilaporkan berlaku di wilayah Bilekahali di Bengaluru pada pagi Isnin lalu. Wanita tersebut kemudiannya ditahan polis kerana didakwa membunuh ibunya itu.
Menurut laporan, wanita itu didakwa telah memberi ubat tidur kepada ibunya lalu mencekiknya sehingga mati.
Insiden malang tersebut berlaku di pangsapuri NSR Green di Bilekahali, di mana tertuduh dipercayai tinggal bersama ibunya.
Menurut pegawai polis, hubungan antara mangsa dengan ibu bapa mentua tertuduh sangat tegang dan sering berlaku pertengkaran antara kedua-duanya.
Siasatan mendedahkan bahawa mangsa pernah memaklumkan niatnya yang mahu membunuh diri beberapa hari sebelumnya kepada tertuduh.
Mangsa berniat mahu mengambil pil tidur untuk membunuh diri kerana didakwa sering diganggu oleh ibu bapa mentua tertuduh.
“Tanpa berlengah, tertuduh memberikan kira-kira 20 pil tidur kepada ibunya pada pagi Isnin. Selepas itu mangsa mengadu sakit perut akibat pengambilan pil itu. Mangsa kemudian dicekik oleh anak perempuannya sendiri,” kata seorang pegawai kanan.
Selepas kejadian itu, tertuduh kemudiannya menyumbat mayat ibunya ke dalam beg pakaian berserta gambar arwah bapanya.
Tertuduh juga sempat menempah Uber Auto untuk pergi ke balai polis Mico Layout dimana dia menyerah diri kepada polis.
BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu
Dalam satu kenyataan, Polis MICO Layout berkata: “Mayat telah dibawa ke balai polis semalam dan kes telah direkodkan. Dimana anak perempuan mangsa didakwa melakukan kesalahan mengikut Sekysen 302 IPC bersama dengan seksyen lain.”
Tertuduh yang berasal dari Kolkata telah menetap di Bengaluru sejak enam tahun lalu. Wanita itu sebelum ini pernah bekerja sebagai ahli fisioterapi.
Bagaimanapun, dia telah menganggur sejak dua tahun lalu dan hanya menghabiskan masanya tinggal di rumah.
Wanita itu kini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan India (IPC) oleh polis India.
Sumber: Wion News