Siakap Keli
wanita sumbat mayat
Gambar: India Times

Wanita Sumbat Mayat Ibu Dalam Bagasi & Bawa Ke Balai Polis

Wanita Sumbat Mayat Ibu Dalam Bagasi & Bawa Ke Balai Polis

Seorang wanita di India dilaporkan telah membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa ke dalam bagasi sebelum membawanya ke balai polis.

Menurut The Indian Express, wanita berusia 39 tahun terbabit mendakwa bertindak sedemikian kerana disuruh oleh mangsa  dan mengaku melakukan jenayah tersebut.

Difahamkan, punca suspek membunuh ibunya disebabkan perselisihan faham tentang masalah keluarga.

BACA JUGA: Bunuh Ibu Dengan Kejam, Lelaki Sakit Mental Hanya Tutup Mata Apabila Disoal Polis

Kronologi Kejadian

Wanita terbabit yang bekerja sebagai ahli fisioterapi itu tinggal bersama suami dan mentuanya. Tetapi ibunya (mangsa)  juga telah berpindah ke rumahnya.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai sering bertengkar dengan ibu mentua suspek sehingga kemuncaknya sebelum hari dia dibunuh, dia telah memberitahu suspek bahawa rumah itu hanya akan tenang bila dia sudah ‘tiada’.

Keesokan harinya, suspek yang ‘mengikut arahan’ telah memberikan mangsa pil tidur yang banyak sehingga menyebabkannya pengsan.

Suspek selepas itu terus mencekik ibunya sehingga meninggal dunia.

BACA JUGA: Tahu “Survival Skill” Di Hutan, Empat Beradik Makan Akar & Tumbuhan Untuk Teruskan Hidup

“Pada hari Isnin, kira-kira jam 7.15 pagi selepas suaminya pergi bekerja, suspek memberi makan ibunya dalam 30 biji pil.

“Pada jam 11.30 pagi, mangsa mengalami angin ahmar dan mula menjerit. Suspek kemudian datang dan mencekik ibunya hingga mati dan memasukkan mayatnya ke dalam bagasi.

“Suspek seterusnya pergi ke balai polis,” katanya.

Suspek telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

BACA JUGA: Minum Air Diberi Oleh Jiran, Budak 3 Tahun Dilapor Positif Dadah

Terdahulu, seorang wanita di Bengal Barat dilaporkan telah bersubahat dengan kekasihnya untuk membunuh suaminya supaya mereka boleh hidup bersama.

Kedua-dua suspek itu merancang jenayah itu dengan rapi namun akhirnya terbongkar gara-gara sup kambing.

Untuk pengetahuan, suspek lelaki telah menyimbah asid dengan sengaja ke wajahnya agar dia boleh melakukan pembedahan plastik dan menyamar sebagai suami wanita itu.

Jenayah terbongkar apabila dia tidak memakan sup kambing yang dihidangkan oleh ibu mangsa. Walhal, ia sememangnya kegemaran anaknya.

Kedua-dua suspek telah ditahan oleh pihak polis.

Mangsa pula meninggal dunia setelah dipukul dengan besi hingga mati. Dia juga telah dibawa ke hutan dan dibakar.

Sumber: The Indian Express

Ezzatul Syafiqah