Siakap Keli
Cara Nak Tukar Teks Pada Bahagian 'Lockscreen' iPhone
Kredit: Facebook

Cara Nak Tukar Teks Pada “Lockscreen” Iphone, “Custom” Tambah Nama Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cara Nak Tukar Teks Pada “Lockscreen” Iphone, “Custom” Tambah Nama Sendiri

Sebagai pengguna peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya, kita sudah semestinya ingin menunjukkan bahawa peranti tersebut adalah kepunyaan kita.

Antara cara yang biasa digunakan adalah melakukan penyesuaian (customisation) antara muka pada paparan skrin peranti, mengikut citarasa kita.

Selalunya, kita akan meletakkan gambar lockscreen yang menarik dan sedap mata memandang.

Antaranya, gambar artis kegemaran anda, gambar haiwan peliharaan, gambar estetik mahupun gambar kekasih kita (jika ada).

Ada juga yang meletakkan gambar lockscreen dengan meletakkan unsur motivasi, peringatan dan memori. Ini termasuklah, gambar yang mengandungi wajah insan kesayangan anda, ayat motivasi, petikan doa dan sebagainya.

Cara nak tambah nama pada lockscreen Iphone

Selain daripada gambar, pengguna juga sering menukarkan warna tulisan pada paparan telefon pintar.

Ini bergantung pada keutamaan pengguna, sama ada mereka ingin menggunakan warna tulisan yang mudah dibaca ataupun memilih warna kegemaran untuk kepuasan sendiri.

Bercakap mengenai tulisan pada paparan lock screen, telefon pintar iPhone boleh meletakkan status fokus (Focus Status) anda pada kunci screen.

Menurut Apple, pengguna boleh menyesuaikan tetapan ini dan memilih masa yang sesuai untuk menerima notifikasi bagi aplikasi-aplikasi di dalam telefon anda.

Pada tetapan asal, anda boleh meletakkan empat status seperti Do Not Disturb, Personal,  Sleep dan Work.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan teks selain daripada empat tetapan di atas mengikut cita rasa masing-masing (Custom Focus).

Berdasarkan hantaran Putry Nurr Zalina dalam kumpulan Facebook, Malaysia iPhone Users, wanita tersebut berkongsi paparan lock screen pada telefon pintarnya.

“Saya baru tahu rupanya lock screen dekat bawah yang saya bulatkan tu, kita boleh custom pakai nama sendiri,”

tukar teks pada lockscreen iphone
Kredit: Facebook

Cara-cara untuk menghasilkan Custom Focus tersendiri

Anda juga boleh mengubah tulisan tersebut dengan membuat Custom Focus terlebih dahulu.

Difahamkan, tetapan ini wujud bagi peranti iOS 15 dan iPadOS 15 atau ke atas.

1.- Pergi ke bahagian Settings dan pilih Focus.

2.- Tekan pada butang Add, kemudian tekan Custom atau lihat pada pilihan tambahan

3.- Masukan nama bagi Focus anda, sama ada nama sebenar atau nama timangan, kata-kata semangat, nombor telefon kecemasan dan sebagainya.

4. Pilih warna dan ikon yang menggambarkan Focus anda dan seterusnya, tekan Next.

5. Suaikan tetapan pada Focus berkenaan, mengikut kemahuan anda.

Selepas selesai menghasilkan Focus anda sendiri, anda boleh memilih Focus tersebut dan ia akan memaparkan teks unik yang diingini.

Cara Nak Tukar Teks Pada Bahagian 'Lockscreen' iPhone Sebagai pengguna peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya, kita sudah semestinya ingin menunjukkan bahawa peranti tersebut adalah kepunyaan kita.
Kredit: MacRumours

BACA: Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’, Penuhi Impian Adik Autisme Belajar Berniaga

Sumber: Putry Nurr Zalina via Malaysia iPhone Users (Facebook), Apple

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma