Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Makam Purba Zaman Rom Ditemui Di Tapak Pembangunan London
Pakar menyifatkan penemuan sisa-sisa makam purba tamadun Rom yang sangat jarang ditemui sebagai ‘perkara unik’ yang dijumpai di tapak pembangunan dekat tengah-tengah bandar London, lapor CBS News.
Ahli arkeologi kanan Muzium Arkeologi London (MOLA), Antonietta Lerz berkata ia merupakan makam Rom yang paling terpelihara yang pernah ditemui di Britain.
Beliau menggelar tapak itu sebagai microcosm yang menjadi perubahan nasib Roman ketika berada di London.
“Ia memberikan coretan yang menarik mengenai cara dan gaya hidup di bandar itu ketika zaman Rom,” katanya.
Penyelidik yang bekerja dalam projek itu percaya bahawa makam tersebut kemungkinan digunakan oleh masyarakat Rom yang mewah.
Ia juga berpotensi menjadi tempat perkuburan keluarga atau kelab pengebumian di mana ahli akan membayar yuran bulanan sebagai pertukaran untuk dikebumikan.
Penemuan itu ditemui hanya berdekatan dengan mercu tanda terkenal di bandar itu seperti Borough Market dan stesen London Bridge, menurut kenyataan akbar dari MOLA.
Difahamkan juga, pakar turut menemukan dinding lantai dalaman struktur yang ditambah mozek atas makam tersebut selepas ia dinaikkan.
Menurut Lerz, mozek itu diletakkan pada keliling makam apabila mayat yang dikebumikan di tanam selain persekitaran dijaga.

Pun begitu, tiada keranda ditemukan di tapak itu namun lebih 100 syiling ditemui bersama kepingan logam, serpihan tembikar dan jubin bumbung.
Kawasan sekitar makam itu mengandungi lebih daripada 80 pengebumian Rom, termasuk barangan peribadi seperti manik kaca, tembikar dan tulang.
Pasukan arkeologi yang terlibat berkata kerja akan diteruskan untuk mengetahui dengan lebih tepat usia tapak itu.
Mereka turut menyatakan akan memaparkan untuk tontonan awam pada masa hadapan dan sedang merancang mengenai pemulihan struktur serta artifaknya.
Sebelum ini, kerajaan telah mengambil keputusan untuk membangunkan semula tapak itu sebagai sebuah kompleks pejabat, rumah dan kedai yang diberi nama The Liberty of Southwark.
Tahun lalu, mozek Rom terbesar berusia lebih 50 tahun juga digali di tapak yang sama di mana penemuan itu berlaku.
Sumber: CBS News
BACA: Makam Purba Keturunan Firaun Berusia 3,500 Tahun ‘Muncul’ Semula Di Sungai Nil