Siakap Keli
Doktor Tenrera Sri Lanka Keluarkan Batu Karang Terbesar
SUMBER TWITTER SRI LANKA ARMY

Rekod Dunia, Doktor Keluarkan Batu Karang Seberat 810 Gram, Saiz 13.37 Cm

Rekod Dunia, Doktor Keluarkan Batu Karang Seberat 810 Gram, Saiz 13.37 Cm

Sekumpulan doktor tentera di Sri Lanka mencatat rekod apabila berjaya mengeluarkan batu karang terbesar dan terberat di dunia daripada seorang pesakit.

Menurut laporan NDTV, pembedahan berkenaan dilaporkan berlaku di Hospital Tentera di Colombo, menurut kenyataan tentera pada Selasa.

Menerusi kenyataan itu, batu karang berkenaan dilapor mempunyai saiz sepanjang 13.37 sentimeter dan seberat 810 gram.

Rekod dunia, doktor keluarkan batu karang terbesar dan terberat

Kejayaan itu mengatasi Rekod Dunia Guinness dilakar oleh kumpulan doktor dari India pada 2004. Ketika itu, mereka berjaya membedah dan mengeluarkan batu karang terbesar dengan saiz kira-kira 13 sentimeter.

Manakala batu karang terberat yang pernah dikeluarkan dari pesakit adalah seberat 620 gram yang dicatatkan di Pakistan pada 2008

Rekod yang dicatatkan di Sri Lanka sudahpun disahkan oleh Rekod Dunia Guinness.

”Batu karang terbesar setakat ini bersaiz 13.372 cm yang dikeluarkan daripada seorang pesakit di Sri Lanka pada 1 Jun lepas. Rekod terdahulu adalah sebesar 13 cm dan bertahan sejak 2004,” kata Guinness.

Menurut portal MyHealth, batu karang boleh ditemui di mana-mana sahaja di buah pinggang, ureter atau pundi kencing.

”Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing (buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat,” menurut portal tersebut.

Batu karang biasanya terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan berlakunya pembentukan kristal.

Masalah kepekatan air kencing yang tinggi ini selalunya berlaku kepada mereka yang sering kali berdepan masalah dehidrasi kerana kurang mengambil cecair.

Selain itu, jangkitan saluran air kencing yang berulang kali juga boleh menggalakkan pembentukan batu karang.

”Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan.

”Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.”

BACA: Tak Payah Ke Balai, Ini Cara Nak Buat Laporan Polis Secara “Online”

Sumber: NDTV, MyHealth

Mohd Raimi Ismail

peace on earth