Siakap Keli
maut diseret kereta api

Lelaki Dipercayai Tidur Atas Landasan Maut Diseret Kereta Api

Lelaki Dipercayai Tidur Atas Landasan Maut Diseret Kereta Api

TUMPAT – Seorang lelaki maut selepas dipercayai diseret kereta api ekpres di landasan kereta api di Kampung Palekbang hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa telah diseret kira-kira 400 meter ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari.

Mangsa dikatakan sedang tidur di landasan tersebut sebelum dirempuh oleh kereta api itu yang datang dari arah Johor Bahru ke Tumpat.

Dalam pada itu, saksi yang melihat kejadian tersebut, Osman Mohd Yussof, 57, berkata bahawa dia sedang minum air di kedai makan berdekatan sebelum terdengar bunyi hon kereta api yang kuat.

Saksi Kejadian Mangsa Dirempuh Kereta Api

“Saya kemudian berlari ke arah kereta api itu dan bertanyakan pemandu situasi menyebabkan dia memberhentikan kereta api itu,” katanya.

Difahamkan, pemandu kereta api itu memaklumkan bahawa telah terlanggar seorang lelaki yang sedang tidur di atas landasan.

“Saya kemudian melihat mayat dalam keadaan parah mengakibatkan sebahagian badan hancur dan terdapat percikan darah di besi landasan kereta api,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Osman berkata dia bagaimanapun tidak mengenali mangsa kerana bukan dari kampung itu.

“Mungkin dia ‘tidak sihat’ dan saya juga tidak pernah nampak mangsa sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, laporan mengenai kejadian itu telah diterima oleh Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Tragis, Remaja Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api Ketika “Selfie”

Terdahulu seorang remaja lelaki maut ketika mengambil swafoto di landasan kereta api di, Hyderabad, India.

Memetik Times Of India, mangsa yang berusia 16 tahun pergi ke landasan kereta api berhampiran rumahnya bersama dua rakannya untuk merakam gambar dan video.

Menurut Pegawai dari Polis Kereta Api Kerajaan (GRP) Nampally, A Srinivas, rakaman klip dan gambar itu merupakan kandungan untuk akaun media sosial miliknya.

“Ketika mangsa berdiri di sebelah landasan untuk mengambil foto, kereta api yang lalu telah merempuhnya,” katanya.

BACA JUGA: Salah Satu Pulau Terpadat Di Dunia, Kenali Pulau Bungin

Sumber: Sinar Harian 

Ezzatul Syafiqah