Siakap Keli
belanda sun cream percuma
Gambar: AFP

Belanda Agih Sun Cream Percuma Untuk Rakyatnya, Cegah Peningkatan Kes Kanser Kulit

Belanda Agih Sun Cream Percuma Untuk Rakyatnya, Cegah Peningkatan Kes Kanser Kulit

Kerajaan Belanda dilapor akan mengagihkan sun cream secara percuma kepada warganya pada musim panas ini, lapor The Guardian.

Langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha pencegahan berikutan peningkatan kes kanser kulit di negara berkenaan. Manakala penggunaan sun cream terbukti sebagai kaedah perlindungan terbaik daripada diserang penyakit tersebut.

Krim berkenaan akan disediakan secara percuma di beberapa kawasan tumpuan awam seperti di sekolah, universiti, taman, kawasan festival, kompleks sukan dan semua ruang awam terbuka.

Kempen pengagihan krim perlindungan berkenaan dilancarkan pada awal Jun di sebuah taman awam di bandar Brada. Difahamkan, idea berkenaan tercetus daripada seorang doktor merawat penyakit kulit disana. Idea berkenaan muncul selepas melihat usaha pengagihan hand sanitizer yang dilaksanakan semasa pandemik Covid melanda dunia sebelum ini.

Menurut The Guardian lagi, Belanda mahu semua rakyatnya mempunyai akses kepada perlindungan daripada bahaya cahaya matahari. Selain itu, negara itu juga tidak mahu penduduknya terbeban dengan kos untuk mendapatkan krim berkenaan.

Kerajaan Belanda juga berharap dengan pengagihan sun cream secara percuma ini juga akan membentuk tabiat penggunaan krim berkenaan ketika berada di bawah terik matahari.

Manakala, kanak-kanak perlu didedahkan kepada amalan ini sejak awal usia, supaya ia menjadi satu tabiat seperti memberus gigi.

Seorang wakil dari komuniti kesihatan di Belanda mengakui usaha mengagihkan sun cream secara percuma bakala menelas kos yang tinggi. Namun katanya, kesihatan penduduk secara umumnya perlu menjadi keutamaan paling tinggi.

Katanya lagi, kos untuk merawat pesakit kanser kulit yang tentunya lebih tinggi berbanding membeli dan mengagihkan sun cream juga dapat dijimatkan.

Sementara itu, usaha kesihatan awam ini dianggap sama seperti yang dilaksanakan di Australia menerusi kempen slip, slop and slap.

Menerusi kempen berkenaan, Australia selama beberapa dekad menggalakkan orang awam memakai baju (slip), memakai sun cream (slop) dan memakai topi (slap) ketika berada di luar.

BACA: Tak Kekok, Kim Pan Gon Teruja Santap Durian “Black Thorn”

Sumber: The Guardians

Mohd Raimi Ismail

peace on earth