Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ingatkan Leher Itik, Pelajar Kolej Terkejut Temui Kepala Tikus Dalam Makanan Dijual Kantin
Pasukan penyiasat di Jiangxi, China pada Sabtu lepas mengesahkan bahawa objek yang ditemui oleh seorang pelajar sebuah kolej dalam hidangan di kantin adalah merupakan kepala tikus.
Memetik The Straits Times, siasatan awal kejadian itu menyatakan bahawa penemuan tersebut adalah leher itik.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 1 Jun lalu di mana seorang pelajar dari Kolej Politeknik Industri Jiangxi di Nanchang menyiarkan video penemuan tersebut di media sosial.
Perkongsian tersebut telah mencetuskan perbincangan hangat dalam talian oleh pengguna media sosial yang lain.
Ekoran penularan video tersebut di media sosial, pihak kolej pada 3 Jun lalu berkata bahawa objek itu adalah leher itik.
“Selepas siasatan, kandungan video itu tidak sepadan dengan fakta. Pelajar terbabit menjemput rakan sekelas untuk mengenal pasti objek itu pada masa kejadian dan mengesahkannya sebagai leher itik,” kata pihak kolej tersebut.
Pihak kolej menyatakan bahawa pelajar tersebut telah membuat kenyataan bertulis di tempat kejadian dan menjelaskan kandungan video tersebut.
Mereka turut menambah bahawa biro penyeliaan pasaran di Nanchang juga telah menghantar pegawai untuk menyiasat.
Berdasarkan laporan Stesen Radio dan Televisyen Jiangxi pada 3 Jun lalu, pengarah Jiang Xiexue berkata: “Pegawai berulang kali membandingkan objek itu dan mengesahkan ia memang leher itik.”
Menurut Agensi Berita Xinhua, wilayah Jiangxi pada 10 Jun telah menubuhkan pasukan penyiasat yang terdiri daripada pelbagai jabatan. Ia termasuk pendidikan, keselamatan awam dan pentadbiran penyeliaan pasaran.
Hasil penyelidikan itu pada Sabtu yang lalu, pasukan tersebut telah mengesahkan bahawa objek itu bukan leher itik. Pengesahan itu dibuat selepas menyemak video di dapur kantin dan senarai pembelian.
Pegawai penyiasat juga sempat menemu bual kakitangan kantin, pelajar dan saksi kejadian tersebut.
Kenyataan itu berkata bahawa objek berkenaan dikenal pasti sebagai kepala tikus, menurut pakar haiwan.
Tambah pasukan itu lagi, jabatan penyeliaan pasaran tempatan dan kolej tersebut “tidak menjalankan siasatan dengan teliti”.
BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu
Akibat penemuan itu, lesen perniagaan makanan kantin telah dibatalkan dan syarikat serta wakil sahnya telah diberi penalti maksimum mengikut peraturan.
Pasukan itu berkata mereka yang bertanggungjawab, daripada pihak kolej dan biro penyeliaan pasaran cawangan Chandong akan dikenakan tindakan yang tegas.
Sumber: The Straits Times