Siakap Keli
suami isteri takdir
Kredit: CNA

Pasangan Ini Tak Sangka Pernah Bergambar Di Tempat Sama Ketika ‘Single’ 11 Tahun Dulu

Pasangan Ini Tak Sangka Pernah Bergambar Di Tempat Sama Ketika ‘Single’ 11 Tahun Dulu

Setiap orang mempunyai jalan kehidupan yang berbeza namun ia telah disusun atur dengan cantik oleh Allah SWT termasuk urusan jodoh yang juga telah tertulis di luh mahfuz.

Walaupun tidak ditunjukkan dan berlaku sekarang namun akan ada satu masa di mana semua yang tertulis akan terjadi pada masa yang ditetapkan dan perkara itu hanya diketahui oleh Maha Pencipta.

Segala ketidaksedaran dan kebetulan yang terjadi dalam hidup, akan bertemu dengan satu titik yang lain menamatkan sebuah teka teki yang tercipta.

Seperti kisah pasangan suami isteri di China, yang pernah dipertemukan takdir 11 tahun dahulu walaupun tinggal berbatu-batu jauhnya sebelum bertemu semula untuk berkahwin.

Bukti itu dapat dilihat menerusi sekeping gambar lama di mana mereka berdua bergambar di tempat yang sama, di Dataran 4 Mei di bandar persisiran laut, Qingdao pada hari dan waktu yang sama.

Kredit: CNA

Macam mana boleh berlaku?

Imbas kembali, Xue pada tahun 2000 sedang menemani ibunya yang sedang pulih daripada pembedahan dan bercuti ke bandar itu untuk mengembalikan semangat hidupnya.

Manakala, suaminya Ye (ketika itu) adalah sebahagian daripada kumpulan rombongan (lawatan) lain yang telah ditempah oleh ibunya. Ibunya tidak mengikuti rombongan itu kerana mengalami apendisitis.

Dalam gambar tersebut, ia menunjukkan Xue sedang duduk di atas batu, sementara itu suaminya Ye pula berdiri tidak jauh darinya dan latar belakang mereka adalah sebuah tugu arca.

Xue yang memakai serba putih bergambar dengan bergaya tanpa mengetahui kelibat seorang lelaki yang berada di dalam gambar itu adalah lelaki yang akan dikahwininya sedekad kemudian.

Tidak lama kemudian, Ye dan Xue bertemu semula pada tahun 2011 dan mereka jatuh cinta tanpa mengetahui kebenaran di sebalik gambar itu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan kembar.

BACA: “Kami Tak Sempat Manjakannya,” Pasangan Dedah Motif Hiasi Kubur Anak Dengan Kartun Hello Kitty

Akhirnya terjawab

Kejadian ‘kebetulan’ itu akhirnya menemui noktah apabila Ye memunggah kembali gambar-gambar pada hari kejadian, di mana Ye berdiri di belakang Xue.

“Apabila saya melihat gambar itu, saya terkejut dan badan saya merinding,” katanya.

Kisah suratan dan kebetulan itu akhirnya menjadi viral dan rakan-rakan pasangan turut berkata ia adalah bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama.

“Nampaknya Qingdao sememangnya salah satu bandar yang paling istimewa.

“Apabila anak-anak sudah besar, kami akan pergi ke Qingdao lagi dan keluarga akan mengambil lagi,” jelas Ye.

Sumber: The Guardian

BACA: Boleh Ke Kalau Tak Letak ‘Bin’ Atau ‘Binti’ Pada Nama Anak?

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana