Siakap Keli
Beg tangan mini lebih kecil dari sebutir garam
SUMBER IG MSCHF

Beg Tangan Mini Jenama Mewah Dilancarkan, Lebih Kecil Daripada Sebutir Garam

Beg Tangan Mini Jenama Mewah Dilancarkan, Lebih Kecil Daripada Sebutir Garam

Sebuah jenama fesyen terkenal mencuri tumpuan ramai baru-baru ini apabila mengeluarkan beg tangan mini yang hanya boleh dilihat dengan jelas melalui mikroskop.

Beg Mikroskopik yang lebih kecil daripada sebutir garam itu merupakan produk terbaru daripada jenama fesyen, MSCHF.

Menurut laporan Daily Mail, beg yang berukuran 657 x 222 x 700 mikrometer itu dihasilkan menerusi teknologi pencetakan 3D. Rekaan beg tangan itu diambil daripada rekaan beg tangan OnTheGo MM Louis Vuitton. Manakala beg tangan berkenaan akan dilelong dalam acara jualan Pharrel William’s Just Friend, bulan ini.

Beg tangan mini dilancarkan, lebih kecil daripada sebutir garam

Beg tangan OnTheGo MM Louis Vuitton biasanya dijual pada tanda harga sekitar RM 14,370.

MSCHF dalam satu hantaran di Instagram berkata, beg berkenaan merupakan noktah dalam dunia rekaan beg mini.

”Ada beg besar, ada beg sederhana dan ada beg kecil. Manakala beg ini adalah beg kecil sebenar dalam dunia beg mini.

”Apabila saiz sebuah beg yang berfungsi menjadi kecil dan semakin kecil, fungsinya menjadi abstrak dan simbol jenama semata-mata,” kata hantaran tersebut.

Menurut MSCHF lagi, mereka memilih Louis Vuitton kerana logo jenama itu masih boleh dilihat dengan jelas selepas dicetak menerusi mesin pencetak 3D mikroskopik.

Beg itu dipamer di acara jualan Pharell’s Just Phriends yang bermula pada 19 sehingga 24 Jun di 8 Avenuer Matigon, Paris. Pameran itu juga dibuka kepada orang ramai pada tarikh yang ditetapkan.

Menurut Daily Mail lagi, acara lelongan tersebut juga disiarkan secara langsung dan orang awam boleh mengikuti acara jualan secara atas talian.

Dalam pada itu, hantaran MSCHF di Instagram turut menerima pelbagai komen dan reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata berkongsi rasa terhibur masing-masing apabila melihat dan membaca dekripsi yang dilampirkan bersama hantaran berkenaan.

Antara komen yang paling banyak ditinggalkan adalah berkenaan saiz beg tangan tersebut yang disifatkan tidak masuk akal.

Seorang individu meninggalkan komen bahawa dia akhirnya menemui sebuah beg yang mampu memuatkan semua sifat sabarnya.

Selain itu, ada juga memberi komen bahawa saiz beg itu mampu memuatkan semua duit yang dimilikinya ketika ini.

BACA: Jadi Perhatian Ramai, Lelaki Kongsi Aplikasi Boleh Kira Perbelanjaan Bulanan Siap Bajet Nak Beli Kereta & Rumah

Sumber: Daily Mail

Mohd Raimi Ismail

peace on earth