Siakap Keli
kapal selam Titan bunyi
Kredit OceanGate

“Bunyi Di Bawah Permukaan Air” Dikesan Di Lokasi Pencarian Kapal Selam Titan

“Bunyi Di Bawah Permukaan Air” Dikesan Di Lokasi Pencarian Kapal Selam Titan

LONDON, 21 Jun (Bernama-dpa) — Sebuah pesawat Kanada mengesan “bunyi di bawah permukaan air” di kawasan pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic, menurut pengawal pantai Amerika Syarikat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Pesawat Kanada jenis P-3 mengesan bunyi di kawasan pencarian. Oleh itu, ROV (kenderaan yang dikendalikan dari jarak jauh) telah dipindahkan untuk menyiasat asal usul bunyi itu. Pencarian ROV belum memberi hasil positif tetapi akan diteruskan.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

“Selain itu, data dari pesawat jenis P-3 ini telah dikongsi dengan pakar-pakar Tentera Laut Amerika Syarikat untuk analisis lanjut dan akan dipertimbangkan dalam rancangan pencarian pada masa depan,” menurut pengawal pantai AS menerusi ciapan di Twitter.

Sumber: BERNAMA-dpa

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka