Siakap Keli
Kuih kaswi pandan
Kredit Muhammad Nor Firdaus Luloh via Facebook

Ini Dia Resepi Mudah Kuih ‘Kaswi Pandan Gedek Viral’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ini Dia Resepi Mudah Kuih ‘Kaswi Pandan Gedek Viral’ 

Negara Malaysia kaya dengan kepelbagaian aneka makanan yang menjadi lambang keharmonian negara kita.

Dari makanan utama sehinggalah makanan sampingan seperti kuih muih. Kalau dahulu mungkin kita hanya mendengar ‘mooncake’ atau kek bulan hanya untuk satu kaum sahaja.

Namun kini tidak lagi, apabila terdapat penjual yang mula menjual kuih ini dalam versi halal dan boleh dimakan oleh semua orang.

Apabila bercakap soal kuih, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan kuih tradisional iaitu kuih Kaswi yang mendapat perhatian semula.

Kuih kaswi terdapat dalam pelbagai versi dan resepi antara ialah kaswi gula merah dan kaswi pandan.

Justeru pada hari ini, SK akan berkongsikan resepi mudah berkenaan menu kuih Kaswi pandan ini.

Perkongsian yang dibuat oleh Muhammad Nor Firdaus Luloh di Facebook miliknya telah mendapat lebih 3,000 tanda suka dan 3,800 perkongsian semula.

Menurut perkongsian tersebut, antara bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini ialah tepung gandum, tepung ubi, gula merah, gula pasir, garam, air pandan dan air kapur.

Untuk sukatan bagi kesemua bahan-bahan tersebut, pembaca boleh rujuk gambar di bawah.

Kredit Facebook

Cara-cara membuat bancuhan adunan

Langkah yang perlu dilakukan adalah dengan mencampur kesemua bahan tadi dalam bekas adunan. Aduk-aduk adunan tadi sehingga sebati kemudian tapis supaya tiada bahan yang tidak tercampur rata.

Untuk mendapatkan air pandan tadi, pembaca boleh kisar 10 helai daun pandan bersama dengan 450 gram air seperti sukatan yang diberikan.

Sebelum memasukkan adunan bancuhan kedalam acuan, pastikan acuan disalut terlebih dahulu dengan minyak.

Kemudian kukus adunan kuih selama 15-20 minit. Selepas siap kukus jangan keluarkan dahulu kuih tadi, biarkan selama 10 minit untuk bagi bahagian atas kuih kering terlebih dahulu.

Apabila kuih sudah sejuk, baru boleh keluarkan kuih tersebut dari acuan tadi.

Sekarang kuih kaswi pandan anda sudah siap dihidangkan bersama kelapa parut putih yang ditambahkan garam sedikit.

Bagi adunan resepi ini, pembaca boleh dapat sebanyak 26 biji kuih kaswi.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Bagaimana dengan perkongsian hari ini, mudahkan?

Diharap perkongsian pada hari ini dapat memberi manfaat kepada pembaca untuk masak kuih kaswi yang tular ini.

Sumber: Muhammad Nor Firdaus Luloh via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka