Siakap Keli
pintu pesawat terbuka kecemasan
Gambar: FL360aero

Pintu Pesawat Terbuka Ketika Penerbangan, Juruterbang Terpaksa Lakukan Pendaratan Kecemasan

Pintu Pesawat Terbuka Ketika Penerbangan, Juruterbang Terpaksa Lakukan Pendaratan Kecemasan

Sebuah pesawat yang menuju ke bandar Salvador dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas pintu kapal terbang terbuka semasa penerbangan, lapor New York Post.

Difahamkan, pintu itu terbuka selepas 30 minit pesawat berlepas dari Sao Luis.

Pesawat EMB-110 itu membawa kumpulan penyanyi dan penulis lagu dari Brazil, Tierry.

Sebelum itu, mereka telah membuat konsert yang dihadiri oleh ribuan orang penonton.

Salah seorang ahli kumpulan itu ‘terselamat’ dari kejadian itu kerana dia telah berlepas terlebih dahulu.

Sementara itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas fuselage dibuka semasa pesawat itu berada di udara.

BACA JUGA:Lelaki Dipercayai Tidur Atas Landasan Maut Diseret Kereta Api

Kronologi Kejadian

Menerusi rakaman yang tular di Twitter, kelihatan ahli-ahli kumpulan Tierry tetap duduk dengan tenang walaupun berada dalam ketakutan.

Dari situ, terlihat pintu kabin terbuka luas dan ia merupakan satu adegan yang menakutkan.

Susulan kejadian itu, juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan kecemasan dengan kembali mendarat di lapangan terbang Hugo da Cunha Machado di Sao Luis.

Semua Penumpang Dilaporkan Selamat

Bagaimanapun, semua penumpang disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu.

Video tersebut telah tular dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Terdahulu, pada bulan Mei, seorang penumpang dalam penerbangan Asiana Airlines membuka pintu keluar kecemasan beberapa minit sebelum kapal mendarat di Daegu, Korea.

Dia dipercayai bertindak sedemikian kerana mahu turun dari pesawat dengan segera.

Penumpang tersebut dilaporkan telah membuka pintu tersebut dengan menyentuh bahagian tuas pada pintu berkenaan, wakil Asiana Airlines memberitahu AFP.

Tindakan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 9 orang penumpang yang lain cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Pesawat bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat.

Pesawat jenis Airbus A321-200 itu membawa kira-kira 200 penumpang dalam penerbangan domestik di Korea Selatan.

BACA JUGA: Tahu “Survival Skill” Di Hutan, Empat Beradik Makan Akar & Tumbuhan Untuk Teruskan Hidup

Sumber: New York Post 

Ezzatul Syafiqah