Siakap Keli
warga asing isi minyak
Kredit Twitter

Polis Sahkan Terima Laporan Berhubung Video Bertengkar Dipercayai Warga Asing Isi Minyak 

Polis Sahkan Terima Laporan Berhubung Video Bertengkar Dipercayai Warga Asing Isi Minyak 

Dua lelaki warga Singapura didakwa bertindak ganas selepas ditegur oleh seorang individu warga tempatan yang melarang mengisi minyak di dalam tong di pam yang sama.

Video pertengkaran individu terbabit telah tular selepas ia dikongsikan oleh pengguna media sosial di Twitter.

Menerusi satu kenyataan Polis Daerah Iskandar Puteri, kejadian dilaporkan berlaku pada 16 Jun lalu di sebuah stesen minyak Caltex Sunway Box, Iskandar Puteri Johor.

Susulan kejadian terbabit, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu yang merupakan warga tempatan dan bekerja sebagai penghantar makanan.

Pengadu mendakwa bahawa semasa kejadian dia hendak mengisi minyak, lalu sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dinaiki dua lelaki dipercayai warga asing telah berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama.

Pengadu kemudiannya dipercayai ke pam untuk mengisi minyak, kemudian melihat dua lelaki terbabit memegang tong di pam yang sama.

Dalam kejadian tersebut, dipercayai telah berlaku selisih faham antara kedua-dua pihak terbabit.

Walau bagaimanapun, pertengkaran itu berjaya dileraikan oleh polis bantuan Sunway yang kebetulan berada di lokasi pertengkaran terbabit.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Dilantik Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada Jumaat ini.

Pengumuman itu dibuat Datuk Seri Saifuddin Nasution selaku Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan pada hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan Ayob Khan.

“Ayob Khan berumur 57 tahun, dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kota Setar, Kedah. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri dan Kontinjen.

“Beliau memulakan tugas pada tahun 1993 di Cawangan Khas Bukit Aman. Dari pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) sehingga ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) selama 15 tahun.

“Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dan ditempatkan di Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Sebelum kembali ke Cawangan Khas dengan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) pada tahun 2016,” katanya dalam satu kenyataan, pada hari ini.

Tambah Saifuddin, Ayob Khan yang telah berkhidmat selama empat tahun telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis (CP) pada 2020 yang lalu. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.

Sumber: Polis Daerah Iskandar Puteri via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka