Siakap Keli
Kredit: @ajiex77/TikTok

“Badan Jangan Bongkok,” Pemuda Beri Tips Merentas Desa Supaya Tak Rasa Penat

“Badan Jangan Bongkok,” Pemuda Beri Tips Merentas Desa Supaya Tak Rasa Penat

Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu buat para pelajar di samping mengenal dunia luar dengan aktiviti yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan.

Di samping zaman persekolahan dipenuhi dengan aktiviti kokurikulum, guru turut mendedahkan hari sukan kepada pelajar supaya mereka kekal cergas selain dapat melahirkan atlet sekolah.

Pastinya, sukan merentas desa pernah dilalui oleh semua, yang memerlukan pelajar perlu berlari pada jarak jauh yang ditetapkan oleh para guru.

Walau bagaimanapun, tidak semua tahu cara atau tips yang betul dalam larian merentas desa kerana tidak diberi pendedahan.

Oleh hal yang demikian, pemuda bernama Syazwan Haziq @ajiex77 di TikTok memberi sedikit tips yang boleh digunakan oleh para pelajar di luar sana.

Hanya beberapa tips yang diperlukan oleh pelajar untuk memastikan stamina mereka kekal sehingga ke garisan penamat.

Tips untuk adik-adik yang bakal merentas desa 

Kredit: @ajiex77/TikTok

Untuk tips yang pertama, adalah membiarkan bahu dalam keadaan yang tenang semasa berlari.

Sebenarnya semasa larian, para pelajar digalakkan untuk tidak berfikir secara berterusan malah perlu membiarkan otak berada dalam keadaan rehat.

Apabila berfikir terlalu banyak, maka badan secara automatik akan memberi respons negatif dan tanpa sedar telah menggunakan banyak tenaga.

“Masa lari bahu kena relaks, tangan jangan genggam. Hayun, relaks sahaja.

“Bila kita genggam tangan, power akan banyak hilang, kita punya tenaga pun banyak hilang,” jelasnya.

Para pelajar perlu elakkan guna tenaga yang banyak di bahagian atas badan seperti menggenggam tangan.

Oleh itu semasa larian, pelajar mestilah membiarkan tangan dan bahu dalam keadaan relaks dan kemudian lari ke hadapan.

@ajiex77

Kalau korang rasa lenguh2 kat bahu atau badan, cuba buat macam ni, relakskan bahu dan hayun🏃🏻‍♂️ Tips by Cikgu PJ kegemaran anda : @Zarepan ✨ #InspirasiRaya #tipslari #tiplari #tipsmerentasdesa #merentasdesa #tiktokguru #lari #tipssenaman #kongsitips #medgelxkuantan #runwithmedgelX #running

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – regex & bexter & Vraox

Yang kedua, iaitu menjaga bentuk badan semasa larian.

Kadang-kadang secara tidak sedar, bentuk badan kita akan membongkok dan perkara itu akan memberi kesan kepada badan.

“Kena jaga bentuk badan, pastikan jangan membongkok,” katanya.

Dalam masa yang sama, tangan perlu diayunkan dalam keadaan tenang dan pastikan badan tidak membongkok.

Kemudian tips terakhir ialah menegakkan dada semasa berlari. Menurut pemuda itu, ketika berlari dengan dada yang terbuka, badan akan menerima lebih banyak oksigen.

Sekiranya membongkok, oksigen tidak akan diterima dengan banyak membuatkan badan akan cepat letih.

Bukan sahaja badan penat malah ia juga memberi kesan kepada pinggang hingga ia menjadi letih.

“Kalau buka dada tegak, akan dapat lebih banyak oksigen berbanding daripada membongkok.

“Kalau bongkok pinggang akan lenguh nanti,” jelasnya.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@ajiex77

Part 2 sambungan #tipsmerentasdesa jaga form badan semasa lari 🏃🏻‍♂️✨ #tipslari #tiplari #tiktokguru #lari #tipssenaman #kongsitips #medgelxkuantan #runwithmedgelX #running #merentasdesa #jomlari #InspirasiRaya

♬ DJ DALE DURO – Fandho Rmxr

Sumber: @ajiex77/TikTok

BACA: Perenang Profesional Alami Detik Cemas, Pengsan Dalam Air Di Kejohanan Dunia

Nurhanis

Suka menzahirkan perasaan melalui penulisan.