Siakap Keli
Taeyeon umum konsert
Kredit Twitter

Taeyeon Umum Lokasi Konsert Jelajah, Ketepikan Malaysia Dalam Senarai Lokasi

Taeyeon Umum Lokasi Konsert Jelajah, Ketepikan Malaysia Dalam Senarai Lokasi

Ahli kumpulan Girls’ Generation, Taeyeon dilaporkan telah mengumumkan senarai negara yang menjadi lokasi pilihan konsert jelajahnya.

Namun apa yang menarik, senarai yang dikeluarkan itu tidak menyenaraikan negara Malaysia sebagai salah satu lokasi pilihan.

Konsert jelajah yang dinamakan sebagai ‘The Odd of Love’ bakal menemui peminat Taeyeon di negara seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

Seperti ada sesuatu yang tertinggal, ternyata nama Kuala Lumpur atau Malaysia tiada dalam senarai negara konsert jelajah pilihan Taeyeon tersebut.

Konsert yang terdekat bakal diadakan di Taipei, Taiwan pada 24 Jun, seterusnya di Tokyo, Jepun pada 8 hingga 9 Julai, Jakarta, Indonesia pada 22 Julai dan Manila, Filipina pada 30 Julai.

Manakala bagi Bangkok, Thailand pula pada 12 dan 13 Ogos diikuti Singapura pada 20 Ogos.

Taylor Swift pilih Singapura sebagai salah satu lokasi konsert jelajahnya

Terdahulu, Taylor Swift dilaporkan telah memilih Singapura sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara sebagai lokasi konsert jelajahnya pada Mac 2024 depan.

Memetik CNA, konsert yang dinamakan sebagai Eras Tour itu akan diadakan selama tiga hari di Stadium Nasional Singapura.

Selain itu, pengumuman tersebut turut dibuat sendiri oleh Taylor Swift menerusi ciapannya di Twitter miliknya pada hari ini.

Konsert yang akan berlangsung pada 2,3 dan 4 Mac itu dijangka bakal dihadiri lebih daripada 200,000 peminat di rantau ini.

Pendaftaran peminat untuk jualan tiket am akan bermula dari 23 Jun pada jam 12 tengah hari waktu Singapura hingga 28 Jun, 12 tengah hari.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Prajualan ahli kad UOB akan bermula dari 5 Julai pada 12 tengah hari hingga 7 Julai pada 9 pagi. Pembukaan jualan am pula dijadualkan pada 7 Julai bermula 12 tengah hari menerusi atas talian, talian hotline dan cawangan SingPost.

Sementara itu, Menteri Komuniti, Kebudayaan dan Belia, Edwin Tong berkata bahawa konsert Taylor Swift itu adalah salah satu acara yang disasarkan oleh Kallang Alive Sport Management (KASM). Ia sebagai langkah tarikan buat rakyat Singapura dan pelancong yang hadir.

Taylor Swift adalah penyanyi antarabangsa terbaru yang mengumumkan konsert di Singapura selepas Coldplay.

Sumber: Twitter via @TAEYEONsmtown

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka