Siakap Keli
Tips Hilangkan Bau Durian Kereta
Gambar: Facebook Salbiah Ahamad

Pening Macam Mana Nak Buat? Ini 7 Tips Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Pening Macam Mana Nak Buat? Ini 7 Tips Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Musim durian merupakan musim buah yang paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat di Malaysia. Dalam tempoh ini, di sepanjang bahu jalan boleh dikatakan akan dihiasi deretan gerai yang menjual Raja Buah ini.

Sesuai dengan gelarannya, harga sekilogram durian mampu mencapai ratusan ringgit mengikut jenisnya. Selain faktor isi kuning keemasan dan rasa manis berlemak, ada juga yang mencari durian kerana aromanya.

Walaupun begitu, aroma yang begitu unik dan tersendiri ini bukannya boleh diterima oleh semua orang. Ada yang menyamakan bau durian ini seperti bau stokin busuk atau apa-apa aroma meloyakan yang lain.

Jadi, memang sukar untuk membawa durian ini kemana-mana, terutamanya jika menggunakan kereta dan sebagainya.

Sehubungan itu, hari ini, pihak SK akan berkongsikan tips menghilangkan bau durian di dalam kereta oleh Salbiah Ahamad di bawah. Semoga bermanfaat.

Sampai Naik Pening, Ini Tips Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Tips Hilangkan Bau Durian Kereta
Gambar: Facebook Salbiah Ahamad

Musim durian kan sekarang. Nah 7 tips menghilangkan bau durian di dalam kereta.

Guna Tangkai Durian

Petua yang pertama gunakan tangkai buah durian itu sendiri. Caranya, patahkan tangkai durian dan kemudian belah hujungnya. Selepas itu, letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar.

Anginkan Kereta Masa Memandu 

Masa memandu, buka semua tingkap dan jangan buka aircond. Cara ini dapat menganginkan kereta dan menghindarkan bau durian yang kuat daripada terkumpul dan melekat dalam kereta kita.

Tutup pendingin hawa. Biarkan udara luar bebas masuk ke dalam kereta dan memberikan pengudaraan yang lebih baik. 

Roti

Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras. 

Kiranya roti tersebut menjadi korban untuk hilangkan bau durian. Jangan pulak roti yang terbiar itu dimakan ya. Kot la lepas tu buat roti bakar pulak.

BACA JUGA: Dah Tiba Musimnya, Ini 10 Tips Pilih Durian Yang Wajib Anda Tahu

Kopi

Biji kopi juga biasanya digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur kepada kita.

Jadi gunakan cara yang sama untuk hilangkan bau durian didalam kereta. 

Ambil sedikit serbuk kopi dan tinggalkan semalaman dalam kereta. Lebih mudah, gunakan saja serbuk kopi yang siap di dalam uncang.

Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian atau bau yang lain dalam bonet kereta.

Soda Bikarbonat / Baking Soda / Serbuk Penaik

Serbuk penaik (baking soda) juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak dalam kenderaan. Cuba letakkan sedikit serbuk penaik (baking soda) di dalam kereta dan bau tersebut akan hilang. 

Daun Pandan

Petua ini mungkin sudah biasa kita dengar. Bagi yang ada stok daun pandan banyak bolehlah gunakan beberapa helai daun pandan yang diikat dan biarkan didalam kereta. 

Boleh juga potong kecil-kecil macam bunga rampai untuk pengantin tu dan masukkan dalam beg jaring. Gantungkan macam air freshener. Wangi tau baunya. 

Arang 

Boleh beli arang dan bubuh dalam bekas. Biarkan selama beberapa jam dalam kereta ataupun semalaman ataupun beberapa hari. Tengok pada keberkesanan tindakbalasnya.

Cubalah. Tak cuba tak tahu yang mana satu yang paling berhasil. Sebagaimana berhasilnya kamu mendapat cintaku. 

Kongsikan agar memberi manfaat kepada yang lainnya. 

Sumber: Facebook Salbiah Ahmad 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?