Siakap Keli
doa dan solat hajat tuan guru
Gambar: Bernama

Mohon Doa Dan Solat Hajat Untuk Kesembuhan Ayahanda Tuan Guru – Anak

Mohon Doa Dan Solat Hajat Untuk Kesembuhan Ayahanda Tuan Guru – Anak

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke hospital selepas tahap kesihatannya dilaporkan sedikit merosot sebelum hari raya Aidiladha.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh anaknya menerusi satu muat naik di laman Facebooknya.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru (Abdul Hadi). Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” tulisnya.

Jelasnya, ketika pelancaran jentera pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu pada selasa lalu, ayahnya itu sedang dalam keadaan uzur.

“Kehadiran Ayahanda ke pelancaran jentera pilihan raya DPPN Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran, namun tetap digagahkan dirinya.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

“Semoga ALLAH SWT mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” kongsi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian dibuat Muhammad Khalil itu memberikan pelbagai reaksi termasuklah mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Marang tersebut.

Kuliah pagi di Masjid Rusila pada Jumaat lalu yang kebiasaannya disampaikan oleh Abdul Hadi telah digantikan dengan Muhammad Khalil.

Walau bagaimanapun, Muhammad Khalil ketika dihubungi oleh Sinar Harian memaklumkan bahawa ayahnya kini berada dalam keadaan stabil.

“Beliau ditahan wad untuk rawatan biasa dan perlukan rehat selama beberapa hari untuk pemantauan doktor,” katanya.

Baca: Sinar Harian

Aqmal Ezany

I write what is right