Lagu Terbaru Malique ‘Berduet’ Dengan Mona Fandey Buat Ramai Meremang
Penyanyi dan pencipta lagu rap terkenal, Malique dilaporkan telah melancarkan sebuah lagu baharu yang bertajuk ‘Sedih Hati’ pada 3 Jun lalu, lapor Sinar Harian.
Pelancaran lagu baharu itu telah menarik perhatian ramai apabila beliau menampilkan suara Allahyarham Mona Fandey di bahagian intro dan ‘background’ lagu tersebut.
Menerusi perkongsian audio yang tular di TikTok sejak Isnin lalu, ramai yang mendakwa meremang selepas mendengar lagu tersebut.
Dalam pada masa yang sama, pendengar juga sempat memuji kelainan yang ditampilkan menerusi karya terbaharunya itu.
Difahamkan tajuk lagu Sedih Hati itu diambil daripada bait lirik lagu nyanyian Mona Fandey yang bertajuk Ratapan Anak pada tahun 1987 yang lalu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial telah meninggalkan komen mereka yang teruja dengan buah tangan terbaharu daripada Malique itu.
Netizen turut menyifatkan bekas anggota Too Phat itu sebagai seorang yang tidak pernah gagal dalam menghasilkan karya yang berkualiti.

Malah menurut netizen, lirik lagu yang dihasilkan oleh Malique juga sarat dengan unsur nasihat yang mendalam dan berat.
“Aduhh. Cubalah bagi satu lagu Mr General yang tak best,” tulis seorang netizen di ruangan komen muat naik video tersebut.
Pelajar MRSM gabung caklempong dengan Masdo
Baru-baru ini, pengguna @lentera.kesuma di TikTok memuat naik satu rakaman memaparkan sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang di Negeri Sembilan.
Kumpulan pelajar itu telah memainkan lagu pop 60-an menggunakan alatan tradisional.
Pasukan yang dikenali Lentera Kesuma itu merupakan sebuah kumpulan yang bergiat aktif dalam menghasilkan karya seni tradisional. Mereka aktif menghasilkan gubahan lagu daripada pelbagai genre.
Berdasarkan video tersebut, sekumpulan pelajar memainkan lagu bertajuk Teruna dan Dara daripada kumpulan muzik terkenal, Kugiran Masdo. Sebuah kumpulan yang sering menghasilkan lagu pop 60-an, diubah mengikut cita rasa kini.
Tambah tarian ringkas
Mereka menggunakan alatan tradisional seperti caklempong, gong, gendang, conga dan lain-lain ketika memainkan lagu tersebut.
@akramsazlan
Sumber: Sinar Harian