Siakap Keli
mayat lelaki indonesia but kereta
Gambar: Bernama

Mayat Lelaki Warga Indonesia Ditemukan Dalam But Kereta, Empat Ditahan

Mayat Lelaki Warga Indonesia Ditemukan Dalam But Kereta, Empat Ditahan

SHAH ALAM, 5 Julai (Bernama) — Polis menahan empat suspek bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dalam keadaan berbungkus dengan plastik hitam dan terikat dalam but sebuah kereta di tepi jalan berhampiran Taman Sri Orkid, Seksyen 30, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Supt Ramsay Anak Embol berkata empat suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia yang semuanya berumur sekitar 40-an itu ditahan kira-kira pukul 7 malam berhampiran lokasi penemuan mayat.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 3.25 petang, selepas orang awam yang melalui kawasan berkenaan tercium bau busuk daripada sebuah kereta Honda City berwarna hitam yang dikatakan berada di lokasi itu sejak dua hingga tiga hari lepas

BACA JUGA: Mayat Lelaki Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah

“Semakan mendapati kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama lelaki warga Indonesia itu. Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya semua suspek diremah sehingga 10 Julai ini bagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?