Buat Macam Ni, Tips Bagi Santan Beku Jadi ‘Cantik’ Semula, Tak Berketul-ketul
Santan merupakan salah satu bahan masakan yang lazim digunakan dalam masakan. Santan digunakan secara meluas, merentasi pelbagai jenis masakan, baik hidangan utama ataupun menu-menu sampingan.
Bermula dari masakan lauk-pauk seperti rendang, daging masak lemak cili padi sehinggalah pencuci mulut seperti kuih talam, seri muka dan sebagainya.
Jelaslah, cecair perahan daripada isi kelapa yang diparut ini sentiasa ada di simpan di setiap dapur rumah-rumah di Malaysia.
Secara umumnya, rakyat Malaysia akan membeli santan dalam beberapa bentuk sama ada santan segar ataupun santan kotak.
Kalau di kampung-kampung, sudah tentu santan segar menjadi pilihan utama. Tetapi bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, nak jumpa pokok kelapa pun sukar, sudah tentu santan kotak satu-satunya pilihan yang ada.
Tips nak buat santan beku jadi cantik semula, tak berketul-ketul
Isu utama bagi mereka yang menggunakan santan kotak adalah bagaimana mahu menyimpan baki santan dalam kotak. Kalau salah simpan, santan boleh rosak. Kalau letak di dalam peti ais pula, santan jadi beku dan berketul-ketul.
Bila hendak digunakan semula nanti, santan jadi tak cantik dan juga boleh merosakan hindangan yang hendak disediakan. Lagi-lagi kalau nak buat pencuci mulut seperti puding atau agar-agar.
Ada juga yang merasa was-was dengan tekstur santan yang sudahpun berubah rupa, lalu membuangnya. Hakikatnya, santan tersebut masih dapat digunakan dan rasanya masih sama seperti baru dibuka.
Oleh sebab itu, santan di dalam kotak kurang mendapat tempat dalam kalangan pengguna, sedangkan produk ini sama seperti santan-santan yang dipek dalam bekas yang berbeza.
Namun, seorang pengguna TikTok berjaya memecahkan kebuntuan yang dialami oleh mereka yang selalu menyediakan juadah bersantan ini.
Wan Nor Hasni (@wannorhasni) berkongsi tip bagaimana mahu ‘membaiki’ santan yang menjadi beku dan berketul-ketul selepas disimpan di dalam peti sejuk.

Pertama sekali, tuangkan santan yang telah berubah tekstur ke dalam mesin pengisar dan tambahkan air panas ke dalam mesin berkenaan.

Seterusnya, kisar campuran santan tersebut dengan air panas sehingga sebati. Hasil akhirnya, anda dapat melihat bahawa santan yang asalnya memiliki tekstur yang berketul kembali kepada bentuk asal.

Mudah saja kan? Selamat mencuba.
@wannorhasni Tips cantikkan santan kotak yg disimpan dalam peti ais. Ada tips lain x? share kt komen 🤗 #MyFoodie #cheftiktok #growontiktok #jombelajar #tipsmasak
BACA: Kenapa Abjad Papan Kekunci Disusun “QWERTY…”, Main Letak Atau Ada Sebabnya?
Sumber: @wannorhasni via TikTok