Siakap Keli
Wanita Berjaya Jadi Peguam

Dulu Susah Payah Pergi Sekolah Naik Bot, Wanita Kini Dah Berjaya Jadi Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dulu Susah Payah Pergi Sekolah Naik Bot, Wanita Kini Dah Berjaya Jadi Peguam

Merangkul sebuah kejayaan bukanlah perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu kita korbankan termasuklah masa, wang dan keluarga kita.

Belajar di perantauan pula membuatkan kita dapat merasa kerasnya kehidupan tanpa keluarga di sisi, kerana semuanya perlu dilakukan sendiri. Sampai ada yang terpaksa bekerja sambil belajar demi menampung makan di universiti.

Oleh itu, sebagai pelajar kita hendaklah cekalkan hati dan kekal bersemangat kerana tidak ada yang mustahil bagi mereka yang berusaha untuk mengapai sebuah kejayaan.

Walaupun sukar, namun renunglah manisnya sebuah kejayaan apabila kita berjaya nanti.

Sebarang tindakan perlulah dilakukan dengan positif kerana akhirnya ia akan mendatangkan hasil yang bermanfaat kepada diri.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah hidup seorang wanita yang menjadi peguam muda.

Wanita itu ialah Jacquelyn Juliet, 25, yang berasal dari Sarawak. Dia berkongsi kisah kecekalannya mencapai kejayaan hingga berjaya.

BACA JUGA : “Jodoh Atau Kematian?,” Dua Momen Suka & Duka Dirakam Buat Ramai Insaf

Kongsi Pengalaman Perjalanan Semasa Belajar

”Kadang kala kita hampir lupa dan tanpa sedar bahawa kita sudah melewati banyak kisah pahit manis di lembah kehidupan kita, Peluk erat tubuhmu, jaga dia baik-baik kerana dia bertahan,”  tulisnya di kapsyen video itu.

Ketika dihubungsi SK, Jacquelyn berkata bahawa sejak dari kecil hingga tamat pengajian di universiti, dia membantu ibu bapa di kebun bagi menampung perbelanjaan harian keluarga serta persekolahan.

Menurutnya lagi, walaupun seharian membantu ibu bapanya di kebun sewaktu cuti persekolahan, dia tidak pernah culas untuk menyiapkan kerja sekolah.

“Pengangkutan utama pergi ke sekolah ialah bot enjin atau perahu kerana tiada kemudahan jalan raya, sehingga kini kami masih tinggal di persisiran sungai Rajang Batang igan.” katanya.

Latar Belakang Pendidikan Beliau

Tidak berputus asa untuk mengejar cita-cita, Jacquelyn fokus dalam pelajaran dan berjaya menempuh peperiksaan besar dengan cemerlang.

Dari Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia memperoleh keputusan cemerlang. Bagi UPSR dia berjaya mendapat 5A dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula adalah 7A.

Manakala bagi SPM pula dia berjaya memperoleh 9A 1B.

Dia seterusnya melanjutkan pengajian dalam jurusan asasi undang-undang di UiTM Dengkil dan menamatkan pengajian dalam ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian kelas pertama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

“Pada tahun 2022, saya telah ditauliah dan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak .

“Kini berkhidmat sebagai peguam di firma guaman di Bintulu Sarawak, Dzulfadzli Hanizah& Co. Advocates,” katanya.

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

@iamcqlyn

Kadang kala kita hampir lupa dan tanpa sedar bahawa kita sudah melewati banyak kisah pahit manis di lembah kehidupan kita❤️ Peluk erat tubuhmu, jaga dia baik-baik kerna dia bertahan untukmu🥰 #usik #usikfebyputri #kehidupan #fyp #tuhanitubaik #younggirl #loveyourself #throwback #foryoupage

♬ original sound – Iamcqlyn – Jacquelyn Juliet

Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 116.4 ribu jumlah tontonan dan 13.8 ribu tekan tanda suka.

BACA JUGA: Kasih Seorang Anak, Tular Lelaki Lindung Ibu Dari Terik Panas Guna “Mortar Board”

Ramai orang terinspirasi 

Wanita Berjaya Jadi Peguam

Wanita Berjaya Jadi Peguam

BACA JUGA: Comel, Gelagat Kanak-Kanak Laung Talbiah Ketika Bertawaf Tarik Perhatian Ramai

Sumber: TikTok iamcqlyn 

Ezzatul Syafiqah