Siakap Keli
Monyet Swafoto tidak layak dapat hak cipta
Sumber BBC

Mahkamah Ketepikan Hak Cipta Gambar “Selfie” Kepada Pemilik Asal

Mahkamah Ketepikan Hak Cipta Gambar “Selfie” Kepada Pemilik Asal

Seekor monyet yang mengambil gambar swafoto “tersengih” dengan menggunakan kamera jurukamera telah dianggap tidak layak untuk memegang hak cipta ke atas gambar tersebut, lapor Independent.

Gambar monyet yang dikenali sebagai Naruto itu menjadi daya tarikan yang unik sehingga mencetuskan tuntutan mahkamah untuk mendapatkan “hak cipta”.

Aktivitis hak haiwan mendakwa bahawa monyet itu mempunyai hak untuk memiliki dan mendapat manfaat daripada hak cipta dengan cara yang sama seperti pengarang lain.

Naruto iaitu monyet unik yang memiliki jambul dan berusia enam tahun tinggal secara bebas di Rizab Tangkoko di Pulau Sulawesi, Indonesia.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Tambahan, monyet itu mengambil gambar itu dan beberapa yang lain pada tahun 2011 selepas seorang jurugambar, British David Slater meninggalkan kamera tanpa pengawasannya.

Peta (People of the Ethical Treatment of Animals) memfailkan prosiding undang-undang di Mahkamah Daerah AS di San Francisco menyatakan monyet berswafoto itu datang daripada tindakan sengaja dan sukarela tanpa dibantu oleh Slater.

Dalam pada itu, mereka memohon perintah mahkamah untuk membenarkan Peta menguruskan semua hasil daripada gambar-gambar untuk manfaat monyet itu.

Memetik laporan Guardian, seorang hakim persekutuan telah memutuskan bahawa walaupun perlindungan undang-undang boleh diperluaskan kepada haiwan jika dipersetujui oleh Kongres atau Presiden Amerika Syarikat, tidak ada petunjuk bahawa ini terpakai kepada Akta Hak Cipta.

Hakim, William Orrick berkata bahawa monyet itu tidak boleh diisytiharkan sebagai pemilik hak cipta gambar tersebut.

Jurugambar, Slater telah meminta mahkamah untuk menolak kes itu dan berkata bahawa hak cipta British yang diperoleh oleh syarikatnya Wildlife Personalities Ltd yang harus dihormati di seluruh dunia selepas imej itu disebarkan secara meluas termasuk di Wikipedia.

Dia menyifatkan dirinya sebagai bingung dan teraniaya oleh tuntutan mahkamah itu dan menyimpulkan bahawa ia mungkin satu aksi publisiti.

Sumber: Independent

Mohd Raimi Ismail

peace on earth