Siakap Keli
basuh kereta pencuci pinggan
Kredit: Charmcitycirculator

Basuh Kereta Guna Pencuci Pinggan Amalan Mengarut?

Basuh Kereta Guna Pencuci Pinggan Amalan Mengarut?

Siapa sahaja yang tidak pernah mencuba untuk membasuh kereta menggunakan pencuci pinggan? Pastinya ramai yang pernah mencuba perkara itu, bukan sahaja menjimatkan wang malah kereta juga berkilat selepas dibasuh.

Daripada memilih tuala mikro yang lembut dan tidak kasar untuk menyental kereta atau kain lap chamois untuk mengilap lampu, sebaliknya anda memilih berus kasar untuk melakukan perkara itu.

Gambar hiasan: Carwash.com

Atau lebih teruk, memilih detergen pencuci pinggan mangkuk untuk tujuan pembersihan kereta daripada mendapatkan pembersih mesra alam yang berkesan.

Kemungkinan besar, anda tidak menyedari bahawa keputusan yang salah seperti ini akhirnya merosakkan permukaan kereta untuk jangka masa panjang.

Kesan berus kaku atau pembersih kimia yang keras mungkin tidak dapat dilihat dengan mudah. Walau bagaimanapun, penggunaan yang kerap pasti akan meninggalkan kesan pada kemasan kereta.

BACA: Sebenarnya Tak Boleh Buka Pintu Kereta Dari Dalam & Luar Serentak, Tapi Kenapa? Ini Penjelasannya

Kesan rosak berkekalan

Oleh itu, membasuh kereta menggunakan detergen pencuci pinggan mangkuk untuk pembersihan kereta secara tetap bukanlah idea yang baik. Ini kerana, pencuci itu akan menanggalkan lilin (wax), pengilat dan pelindung yang diletakkan khas pada badan kenderaan.

Pencuci pinggan mengandungi bahan-bahan yang mungkin meninggalkan kesan yang tidak kelihatan apabila kereta sudah kering.

Disebabkan tindakan itu, anda perlu menghantar kereta ke bengkel untuk tujuan mengilap semula. Tambahan lagi, detergen pencuci pinggan akan mengambil masa untuk menghapuskan kotoran yang terlekat pada kenderaan kerana ia tidak bertujuan untuk membersihkan kotoran lama.

Guna sabun basuh kereta yang betul

Hanya sabun basuh kereta sahaja yang boleh memberikan hasil pembersihan yang berkualiti tanpa merosakkan kemasan kereta anda. Selain itu, sabun tersebut akan menghalang berlakunya pengumpulan tanda pusaran dan coretan pada kereta.

Kalau nak tahu, sabun basuh kereta dirumus khas untuk menyingkirkan semua kotoran di permukaan kereta dengan usaha yang sangat minimum. 

Jadi, buatlah keputusan yang betul untuk menggantikan pencuci pinggan mangkuk kepada sabun basuh kereta yang sebenar.

Sebelum itu, anda mungkin pernah mendengar beberapa mitos yang melibatkan kereta dan sebagai manusia biasa pastinya kita akan percaya tanpa menyelidik.

Untuk mengelakkan daripada disuapkan informasi yang salah, ketahui tujuh mitos yang sering didengari berkaitan dengan pembersihan kereta, supaya tidak tertipu pada masa hadapan.

Tujuh mitos pembersihan kereta

Mitos pertama: Detergen adalah pilihan terbaik untuk mencuci kereta

Gambar hiasan: India Auto

Selalunya, iklan detergen akan mengetengahkan mengenai pembersihan yang boleh menghilangkan garisan halus pada kereta. Tidak dinafikan ia sememangnya benar untuk membersihkan kotoran yang melampau kerana mengandungi bahan kimia.

Namun detergen juga memendekkan jangka hayat cat kereta anda. Detergen mempercepatkan proses pengoksidaan, di mana salutan pelindung seperti wax dan lapisan atas cat kereta akan tertanggal apabila ia digunakan.

Mitos kedua: Mengilap kereta adalah pilihan, nak buat boleh tak buat pun tak mengapa

Walaupun selepas mencuci dan waxing kereta, kadang-kadang ia kelihatan kusam. Ini berlaku kerana anda tidak melakukan proses mengilatkan kenderaan. 

Penggilap ialah produk pelelas yang menghilangkan kecacatan cat dan menghasilkan permukaan yang rata untuk waxing. Jika langkah ini diabaikan, kecacatan cat akan lebih kelihatan.

Mitos ketiga: Mencuci dan membersih kereta adalah sama

Kedua-dua istilah itu mungkin terdengar serupa tetapi maknanya tidak sama. Mencuci kereta adalah kemudahan untuk membuang kotoran dan serpihan pada bahagian luar kereta.

Ia membantu mengekalkan waxing kereta dengan membuang kesan-kesan kotor. Manakala, pembersihan kereta adalah proses yang dilakukan secara terperinci.

Ia mengambil lebih banyak masa dalam menangani kotoran dalam dan celah-celah aksesori kereta. Proses itu termasuk menggilap, waxing, pembersihan cermin, pembersihan tayar dan juga perincian dalaman.

Mitos keempat: Lubang udara dan enjin tidak perlu dibersihkan

Gambar hiasan: Toyota Genuine Motor Oil

Jika saluran udara kereta tidak bersih, ia akan menyebabkan penyakit akibat daripada kuman. Selain itu, ia akan menghasilkan bau kereta yang tidak nyaman, juga yang tidak boleh dihilangkan dengan penyegar udara.

Untuk mengelakkan keadaan itu berlaku, anda perlu menggunakan kaedah stim untuk sesi pembersihan lubang udara kerana suhu tinggi boleh memusnahkan bakteria dan kuman dengan mudah. Jangan lupa juga untuk mencuci lubang udara kereta anda, kerana ia juga adalah satu keperluan.

Mitos kelima: Paste wax lebih baik daripada wax cecair

Paste wax menawarkan perlindungan yang lebih baik daripada wax cecair. Ia boleh bertahan sehingga 10 minggu manakala wax cecair bertahan sehingga enam bulan. Pada masa kini, wax sintetik, polimer dan resin lebih popular kerana membantu meningkatkan kemasan kereta.

BACA: Bela Kucing Boleh Elak Alahan? Ini 7 Mitos Pasal Alergi Haiwan Yang Perlu Anda Tahu

Mitos keenam: Biarkan kereta kering sendiri

Udara kering akan meninggalkan watermark dan disebabkan itu anda perlu kerah tenaga lebih banyak untuk bersihkannya.

Untuk mengelakkan perkara itu, gunakan kain chamois yang bersih (semula jadi atau sintetik) atau kain microfiber lembut untuk menghilangkan lebihan air yang ada pada kereta.

Mitos ketujuh: Kereta yang berkilat adalah kereta yang bersih

Gambar hiasan: BERNAMA

Kereta yang berkilat tidaklah bermakna ia bersih sepenuhnya. Kereta hakikatnya akan menjadi bersih 100 peratus apabila ia lulus dalam ujian sentuh, di mana ia kaedah untuk mengetahui sama ada ada habuk yang melekat atau tidak padanya.

Antara cara terbaik adalah hilangkan habuk dengan menggunakan bar tanah liat sebelum waxing atau penggilap supaya kereta kelihatan bersih.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Detailxperts, Moglix

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana