Siakap Keli
buka pintu kereta serentak
Kredit: Youtube

Sebenarnya Tak Boleh Buka Pintu Kereta Dari Dalam & Luar Serentak, Tapi Kenapa? Ini Penjelasannya

Sebenarnya Tak Boleh Buka Pintu Kereta Dari Dalam & Luar Serentak, Tapi Kenapa? Ini Penjelasannya

Pernahkah anda mengalami situasi yang mana, anda ingin membuka pintu kereta dari bahagian luar. Pada masa yang sama, rakan anda pula cuba untuk membuka pintu kereta yang sama dari bahagian dalam kereta.

Menariknya, pintu kereta tidak pula mahu terbuka ketika itu. Sudah tentu anda tertanya-tanya, kenapa pula pintu tidak boleh dibuka, sekiranya tuil ditarik serentak dari dalam dan luar?

Apakah penjelasan kepada situasi ini? Adakah ini disebabkan faktor keselamatan ataupun faktor-faktor lain?

Menurut Jalopnik, fitur yang tidak ‘dipinta’ oleh pengguna ini sebenarnya terhasil daripada sistem mekanikal yang agak rumit di sebalik penciptaan pintu kenderaan.

Sistem mekanikal yang rumit ini hanya dapat dilihat apabila anda membuka panel pintu kereta. Ia dibuktikan menerusi satu demonstrasi oleh Jalopnik yang menunjukkan bagaimana sistem berkenaan berfungsi.

Tindakan membuka pintu dari dalam dan dari luar masing-masing melibatkan pergerakan mekanikal yang berbeza di dalam badan pintu.

“Salah satu penerangan paling mudah iaitu ketika kita menarik pemegang pintu, ia akan menggerakkan beberapa bahagian mekanikal kecil di dalam pintu.

”Ketika tuil ditarik serentak, pergerakan mekanikal itu misalnya tuil pintu dibuka dari dalam akan ‘berlanggar’ dengan pergerakan tuil pintu dibuka dari luar.

“Lakukan kedua-duanya pada masa yang sama dan bahagian mekanikal akan menghalang satu sama lain.”

Situasi ini berlaku bagi kereta lama mahupun kereta baharu, walaupun sistem kunci kereta untuk berevolusi selama bertahun-tahun.

Kunci pintu kereta memiliki berbilang pautan dan selak yang masing-masing perlu diselaraskan untuk mengunci dan membuka kunci kereta.

Hal ini disebabkan, sistem bagi kedua-dua cara untuk buka pintu kereta adalah berbeza dan tidak boleh berfungsi secara serentak.

Contohnya, jika ingin membuka kunci pintu daripada dalam, pengguna hanya perlu menekan butang tertentu. Manakala jika ingin membuka kunci pintu daripada luar pula, pengguna perlu menggunakan kunci kereta.

Secara analoginya, konsep ini boleh diibaratkan bagai manusia yang boleh tidak bernafas sambil menelan sesuatu pada masa yang sama.

Untuk memahami dengan lebih mendalam, anda boleh menonton video yang menunjukkan bagaimana kunci kereta model Toyota Corola 2001 berfungsi.

BACA: Bukan Saja-Saja, Begini Cara Kod Panggilan Setiap Negara Ditentukan

Sumber: Mental Floss

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma