Siakap Keli
elizad permaisuri usap perut
Kredit: elizadsharifuddin/Instagram

Elizad Terharu Permaisuri Titip Doa Dikurniakan Zuriat & Usap Perut

Elizad Terharu Permaisuri Titip Doa Dikurniakan Zuriat & Usap Perut

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitipkan doa supaya dikurniakan zuriat.

Dalam hantaran terbaru di Instagram miliknya, Elizad yang berusia 39 tahun itu berkata Tunku Azizah mengusap perutnya untuk memberi ‘berkat’ ketika memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Tindakan Tunku Azizah berkenaan membuatkan Elizad tersentuh hati sekali gus berasa gembira atas keprihatinan yang ditunjukkan.

Kredit: elizadsharifuddin/Instagram

“Elizad, saya baru balik dari Haji ni (sambil usap perut kita).

“Insya-Allah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi,” kata Tunku Azizah.

“Saya sangat terharu. Gembira, terharu, happy semua ada,” balasnya.

Elizad turut memaparkan beberapa keping gambar semasa pertemuannya dengan Tunku Azizah di sebuah acara golf amal di Impian Golf & Country Club, Saujana Impian, Kajang semalam.

Dengan rendah hati, Elizad mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan Tunku Azizah kerana sentiasa mengingatinya dalam doa.

“Terima Kasih Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah dari Tuanku yang tidak henti-henti dari dulu lagi,” tulisnya.

Elizad kemudiannya menyatakan dia tidak meminta apa-apa daripada warga maya namun berharap agar doa Tunku Azizah itu diaminkan oleh orang ramai.

“Tidak mahu apa-apa, nak minta Amin kan sahaja,” tambahnya.

Difahamkan, Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Tanah Suci pada 21 Jun lalu.

Pada 2 Julai lepas, Tunku Azizah dan YDPA telah selamat kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.

BACA: Menyamar Jadi Pemanggil, Ucapan Suami Elizad Pasal Anak Bikin Sebak

Reaksi warga maya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan supaya pelakon itu dikurniakan rezeki anak dan bermohon supaya dia tidak berputus harapan.

Rakan-rakan artis turut tidak ketinggalan meninggalkan komen mengaminkan doa oleh Tunku Azizah tersebut.

Antaranya, Sherry Alhadad, Kaka Azraff, Janna Nick, Bella Astillah dan lain-lain.

Kredit: Instagram

Imbas kembali, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 2015 bagaimanapun mereka berdua belum direzekikan zuriat.

Selama lapan tahun, dia telah melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebagai usaha untuk memperoleh cahaya mata.

Sumber: elizadsharifuddin/Instagram

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini