Siakap Keli
agong permaisuri singgah makan kfc
Kredit: @rollkenzo7/TikTok

Tular Video Lama, Agong & Permaisuri Singgah Makan KFC

Tular Video Lama, Agong & Permaisuri Singgah Makan KFC

Perkara yang jarang dilihat oleh rakyat jelata apabila ia melibatkan kerabat diraja terutama sekali YDP Agong dan Raja Permaisuri melakukan hal-hal biasa yang sering dilakukan oleh masyarakat.

Tular video lama, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat menikmati makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Perkara itu terjadi pada tahun 2021, di mana Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong berkesempatan singgah di restoran itu ketika dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Sekiranya dilihat dengan sekali imbas, telatah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah tidak kurang seperti rakyat biasa yang sedang menjalani kehidupan harian.

Menerusi perkongsian video berdurasi 43 saat di laman TikTok @rollkenzo7, pasangan diraja tersebut duduk di sebuah meja yang mempunyai latar belakang ayat-ayat KFC, ‘So good, moments are best shared‘ di bahagian yang terpencil.

Tempat itu kelihatan berjauhan dengan meja yang lain, yang sering diduduki oleh masyakarat awam ketika mengunjungi KFC.

Menurut catatan di laman itu, Seri Paduka Baginda YDPA sedang menikmati santapan makanan tengahari bersama Raja Permaisuri Agong.

Kredit: @rollkenzo7/TikTok

Dalam persediaan mereka untuk menjamah makanan, Raja Permaisuri Agong sempat meminta sos cili kepada pembantunya untuk dimakan bersama ayam goreng tersebut.

Di atas meja berkenaan, hidangan yang dipilih oleh Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong ialah set ayam goreng berserta air.

Set tersebut turut didatangi hidangan sampingan seperti kentang putar dan coleslaw yang menjadi kegemaran ramai.

Perkara sedemikian amat jarang ditonton orang ramai oleh kerana Seri Paduka Baginda YDPA jarang melakukan aktiviti biasa di tempat awam.

Secara tidak langsung, sedikit sebanyak perkara itu membantu masyarakat khususnya mereka yang ingin tahu mengenai gaya hidup baginda.

BACA: Agong Tepuk Dahi Ditipu Lelaki Botak Pakai Topi, “Saya Kena Tipu Dah..”

Agong Dahulukan Rakyat, Beri Laluan Kepada Ambulans

Kredit: Istana Negara

Sebelum ini, media melaporkan Seri Paduka Baginda YDPA mendahulukan rakyat yang berada dalam kecemasan.

YDPA memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Pekan, Pahang pada minggu lalu.

Menerusi video 11 saat di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang memandu dilihat memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan siren kecemasan.

Menurut catatan di laman itu, YDPA dalam perjalanan berangkat ke Istana Abdulaziz di Kuantan dari Pekan, apabila ambulans yang membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera itu berada di belakang kenderaan yang mengiringi baginda.

@rollkenzo7

DYMM Tuanku Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah keluar lunch KFC bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. #daulattuanku👑🙏 #yangdipertuanagong #allahummashollialasayyidinamuhammad #allahuakbar

♬ bunyi asal – خيرول بن سيزالي – خيرول بن سيزالي

Sumber: @rollkenzo7/TikTok

BACA: Buruh Hina Agong, Timbul Isu Perkauman Di Facebook Dipenjara Enam Bulan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana