Siakap Keli
agong tepuk dahi ditipu
Gambar: Tangkap layar video tular

Agong Tepuk Dahi Ditipu Lelaki Botak Pakai Topi, “Saya Kena Tipu Dah..”

Agong Tepuk Dahi Ditipu Lelaki Botak Pakai Topi, “Saya Kena Tipu Dah..”

Saya kena tipu dah…” 

Demikian kata-kata yang dikeluarkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas ‘ditipu’ oleh seorang pemuda.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan telatah Seri Paduka Baginda semasa sesi beramah mesra bersama orang awam.

Sebelum berangkat pulang ke istana, Seri Paduka Baginda sempat memberi sampul duit kepada individu yang terpilih.

Dalam klip video yang dikongsi oleh  @wanyoshiki, mata Seri Paduka Baginda seakan-akan tertarik dengan penampilan yang ditunjukkan oleh individu tersebut.

Seri Paduka Baginda sambil bergurau menitahkan agar lelaki berambut kelabu itu melakukan perubahan terhadap dirinya.

“Ini untuk awak, colour rambut balik,” titah Seri Paduka Baginda sambil menghulurkan sampul berisi wang.

Seri Paduka Baginda berharap agar pemuda itu mewarnakan kembali rambutnya kepada warna hitam.

Agong tepuk dahi ditipu pemuda botak

Gamabr: Tangkap layar video tular

Pemuda itu kemudian tampil ke hadapan sambil memegang telefon pintar untuk merekod momen bersama Seri Paduka Baginda.

“Rambut betul ke ini?” tanya Seri Paduka Baginda.

“Topi,” jawab pemuda itu.

“Topi! Saya kena tipu dah….” titah Seri Paduka Baginda sambil meletakkan tangan di dahinya menunjukkan rasa tertipu.

Orang ramai terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Seri Paduka Baginda setelah berasa tertipu dengan ‘helah’ yang digunakan oleh pemuda itu.

Suasana bertukar menjadi lebih riang susulan tercuit hati dengan kelakuan Seri Paduka Baginda yang benar-benar mempamerkan rasa kecewa dengan meletakkan tangan di dahi serta tangan mencekak pinggang.

“Saya bagi duit untuk potong rambut. Allahuakbar.

“Cuba cabut topi itu,” titah Seri Paduka Baginda sambil ketawa.

Pemuda itu kemudiannya mengikut arahan yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda, keadaan yang sepi sekali lagi dihurungi gelak tawa.

Seri Paduka Baginda dilihat ketawa tidak henti sambil membongkokkan badan apabila lelaki itu menunjukkan kepalanya yang botak.

Seri Paduka Baginda kemudiannya menitahkan supaya pemuda itu bergerak semula ke hadapan untuk menangkap gambar bersama.

Orang ramai terhibur tengok gelagat Agong ditipu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata suka dengan telatah spontan yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda.

Ramai yang mengulang tayang video tersebut dan memuji sikap Seri Paduka Baginda yang dilihat sangat merendah diri.

Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok
@wanyoshiki

♬ Mutiara – Bonus Track – Mutiara

Sumber: @wanyoshiki via Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana