Siakap Keli
UM Universiti terbaik
Gambar: Bernama

Duduki Tangga Ke-65 Dalam QS World Rankings, UM Kekal Universiti Terbaik Di Malaysia

Duduki Tangga Ke-65 Dalam QS World Rankings, UM Kekal Universiti Terbaik Di Malaysia

KUALA LUNMPUR — Universiti Malaya (UM) kekal sebagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) terbaik di Malaysia enam tahun berturut-turut.

Dalam QS World University Rankings 2024, UM menduduki tangga ke-65 selepas naik lima anak tangga.

Perkara itu sekaligus menjadikan UM tersenarai dalam 100 universiti terbaik di dunia dalam edisi ke-20 penarafan tersebut. Universiti tertua itu mencatatkan skor keseluruhan 68.7 untuk kekal sebagai IPT terbaik tempatan.

Di tempat kedua, Universiti Sains Malaysia (USM) berada di kedudukan ke-137 universiti terbaik di dunia selepas merekodkan kedudukan ke-143 pada 2023.

USM memperolehi skor keseluruhan 52.6 pada masa yang sama berkongsi kedudukan dengan University of Science and Technology of China.

Dalam pada itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi Universiti ke-3 terbaik tempatan. UPM berjaya menempatkan diri pada tangga ke-158 di peringkat dunia dengan skor keseluruhan 50.4.

BACA JUGA: Jual Nasi Lemak Di UM, Rupanya “Brother” Yaya Ada Lesen UEFA, Pernah Latih Skuad B12 Wolves

Manakala hanya berbeza satu anak tangga di bawah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kedudukan ke-159  dengan nilai keseluruhan 50.2

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti awam kelima terbaik selepas berada di kedudukan ke-188 dengan skor keseluruhan 46.9.

Bagi universiti swasta pula, Taylor’s University kekal sebagai IPT terbaik di Malaysia, dengan berada di kedudukan ke-289 dengan nilai keseluruhan 36.2.

Turut disenaraikan di kedudukan ke-300 universiti terbaik dunia adalah UCSI University. USCI menjadi IPT swasta kedua terbaik dengan skor keseluruhan 34.7.

Menurut Astro Awani, sebanyak 28 IPT tersenarai dalam kedudukan universiti. Penyertaan tersebut merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan bagi tahun ini.

Pada tahun ke-20 QS World University Rankings, sebanyak 1,503 institusi telah disenaraikan dari seluruh dunia. Jumlah itu juga lebih tinggi dari tahun lalu dengan 1,418 institusi.

QS World University Rankings 

QS World University Rankings atau Quacquarelli Symonds ialah penyedia perkhidmatan, analitik dan cerapan terkemuka dunia dalam sektor pendidikan tinggi global.

Matlamat QS adalah untuk membolehkan orang di seluruh dunia bermotivasi dan memenuhi potensi diri melalui pencapaian pendidikan, mobiliti antarabangsa dan pembangunan kerjaya.

Portfolio QS World University Rankings, pertama kali dirasmikan pada tahun 2004.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kedudukan Universiti di seluruh dunia boleh klik di sini.

Sumber: QS World University Rankings

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?