Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berang Dituduh Ambil Dadah, Lelaki Bakar Isteri Hingga Mati

Nurhanis
lelaki bakar isteri dadah
Kredit: BERNAMA

Berang Dituduh Ambil Dadah, Lelaki Bakar Isteri Hingga Mati

IPOH, 12 Julai (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertindak membunuh dengan membakar isterinya, selepas berang kerana dituduh mengambil dadah, di Kampung Bharu, dekat Manjung, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada adik suspek sendiri, memaklumkan bahawa suspek yang berumur 28 tahun itu telah bertindak membakar isterinya yang berumur 33 tahun di dalam sebuah rumah selepas berlaku perselisihan faham.

Beliau berkata perselisihan faham dipercayai berlaku apabila wanita itu dan keluarganya menuduh suspek mengambil dadah.

“Wanita itu dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia hari ini oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya suspek ditahan pada pukul 11 malam tadi ketika berada di sebuah restoran dekat Lumut, dan polis telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Manjung hari ini untuk menahan reman suspek selama seminggu bagi membantu siasatan.

Mohamed Nordin berkata bedah siasat akan dilakukan esok bagi mengenal pasti punca kematian dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kanak-kanak setahun 1o bulan positif dadah, angkara ibu

Dalam pada itu, media melaporkan polis menahan seorang wanita kerana dipercayai menyebabkan anak perempuannya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid, berkata pihaknya menerima laporan daripada doktor di Hospital Taiping semalam berkaitan kanak-kanak itu yang didapati positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.

Sumber: BERNAMA

BACA: Api Marak Menjulang, Viral Bangunan Apartment Di UAE Terbakar