Siakap Keli
kepentingan babi ekosistem
Kredit: National Geographic.

Ramai Tak Tahu, Ini Kepentingan Babi Hutan Pada Ekosistem

Ramai Tak Tahu, Ini Kepentingan Babi Hutan Pada Ekosistem

Khinzir atau babi hutan merupakan haiwan liar yang sering mencari makanan di kawasan hutan dan ia berasal dari beberapa kawasan di Eropah Utara dan sebahagian besar termasuk Jepun dan Indonesia.

Kebiasaannya apabila ternampak babi hutan, pastinya kita akan menghalau haiwan tersebut kerana ia sering merosakkan tanaman. Akan tetapi spesies itu tidak pernah menganggu manusia kerana kita bukan ancaman untuknya.

Walaupun kita selalu melihat haiwan itu membuat kekacauan tetapi sebenarnya, babi hutan turut mempunyai kepentingan dalam ekosistem, sama seperti yang lain. 

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @abg_ikan6945 di TikTok, dia berkongsi mengenai kepentingan haiwan itu di atas muka bumi ini.

Babi hutan dan ekosistem

Kredit: The New York Times

Menurutnya, khinzir adalah haiwan yang menggemburkan tanah dalam hutan, kerana mahu mencari makanan seperti akar dan ubi selain giat beraktif pada waktu pagi dan petang.

Ini kerana tindakan itu lebih mudah untuk mendapatkan makanan dan perbuatan menggembur tanah memberi kesan positif terhadap anak benih tanaman.

Khinzir akan menggunakan muncungnya untuk menggali ke dalam tanah bagi mencari sumber makanan selain mengubah kitaran nutrien dalam tanah.

Ia juga mengawal serangga perosak dalam hutan, membuatkan tanaman tidak mudah untuk menjadi rosak.

Selain itu, dalam bab rantaian makanan pula, pemangsa bagi babi hutan ialah harimau.

Manakala, ahli biologi pemuliharaan Matthew Luskin mengatakan walaupun babi hutan banyak ‘dihina’ oleh penduduk tempatan namun ia mempunyai fungsi ekologi yang penting dan bukan hanya memberi gangguan menjadi haiwan perosak.

Dalam satu kajian yang dijalankan, Luskin dan rakan-rakannya menanam 35,000 anak pokok di kawasan seluas 25 hektar di Malaysia untuk mengesan bagaimana kepelbagaian pokok berubah di kawasan tempat babi bersarang.

Haiwan itu didapati bersarang di habitat kering dan dalam rumpun anak pokok. Tabiat bersarang mereka menyebabkan perubahan ketara kepada anak benih pokok.

Menurut pakar, sarang babi adalah ciri penting yang membentuk komposisi pokok di seluruh kawasan di mana tempatnya bersarang,

Ini bermakna, babi hutan boleh dianggap sebagai tukang kebun yang ‘tidak disengajakan’ kerana telah memangkas anak benih yang berlebihan untuk mengekalkan kepelbagaian dalam tanaman.

@abg_ikan6945

Sus scrofa si babi yang penting untuk ekosistem semulajadi !!! #fy #fyp #fypシ゚viral #fypage #fypdongggggggg #fypmalaysia #babi #khinzir #sinalaubakas #susscrofa #sus #babiko #babiviral #ekosistem #wildlife #nature

♬ original sound – Abg Ikan : The Adventure – Abg Ikan : The Adventure

Sumber: abg_ikan6945/TikTok, Sustaninability  Times, Texas Park And Wildlife

BACA: Basuh Kereta Guna Pencuci Pinggan Amalan Mengarut?

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: