Siakap Keli
muszaphar isteri anak ketujuh
Kredit: @drsheikhmuszaphar/Instagram

Dr Sheikh Muszaphar & Isteri Timang Anak Ketujuh

Dr Sheikh Muszaphar & Isteri Timang Anak Ketujuh

Angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh dengan berat 2.98 kilogram di KPJ Damansara pada Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Dr. Sheikh Muszaphar di Instagram miliknya pada hari ini.

Difahamkan, anak ketujuhnya itu berjantina lelaki dilahirkan dengan pembedahan caesarean section (czer) dan kini berada dalam keadaan sihat.

Menerusi perkongsian itu, beliau turut meluahkan rasa syukur diatas kelahiran anak mereka dan mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan.

“Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan sedang menyusu.

“Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas kiriman doa,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, beliau berkongsi video menunjukkan keadaan isterinya sebelum dan selepas melahirkan anak.

Kredit: @drsheikhmuszaphar/Instagram

BACA: Puasa Tapi Tidak Solat? Mufti Kongsi Pendapat Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

Pembedahan czer yang ketiga

Kelahiran anak ketujuh itu merupakan pembedahan czer yang ketiga pernah dialami oleh Dr Halina sepanjang beliau melahirkan anak.

Dr. Muszaphar berkata mereka merancang untuk melakukan pembedahan czer selepas mendapati bendalir amnion yang merupakan cecair badan Dr. Halina berkurangan.

Ujarnya, perkara itu menyebabkan rancangan untuk lahirkan anak secara normal terbantut.

“Rancang untuk pembedahan czer sebab bendalir amnion semakin kurang dengan kekurangan plasenta,” ujarnya.

Disebabkan itu, Dr. Halina tidak dapat bersalin secara normal, di mana bayi keluar daripada tubuh ibu melalui bahagian sulit.

Berbanding dengan sebelum ini, anak ketujuhnya ini tidak seperti yang lain, yang mempunyai kembar tersendiri.

Pun begitu, Dr. Muszaphar berkata mempunyai kelahiran kembar mengajar beliau dan isterinya pelbagai perkara.

Untuk rekod, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Mereka telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha.

Manakala, anak keempatnya, iaitu kembar lelaki bernama Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.

Sumber: @drsheikhmuszaphar/Instagram

BACA: Sheikh Muzaphar Tawar Program Kedoktoran Kepada Lepasan SPM 2022

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana