Wanita Tak Sangka, Momen “Healing” Boleh Bertukar Menjadi ‘Cemas’ Dikejar Anjing
Sekarang ini cukup popular dengan perkataan atau kosa kata ‘healing‘ khususnya di kalangan anak muda.
Maksud healing jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu membawa maksud sembuh atau penyembuhan.
Namun dalam penggunaan istilah terbaru golongan muda, healing membawa maksud membawa diri ke tempat yang tenang untuk menenangkan diri sendiri.
Lokasi yang sering menjadi pilihan untuk healing termasuk di lokasi tarikan air terjun, gunung-ganang dan tepi pantai.
Seperti yang dilakukan oleh tiga sekawan ini yang pergi healing ke tepi pantai.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @liyanaarefin_, dia bersama kawan-kawanya dapat dilihat berada di sebuah lokasi tarikan iaitu tepi pantai.

Apa yang menarik perhatian berdasarkan perkongsian tersebut ialah apabila percutian healing bersama kawannya itu telah bertukar menjadi momen menghiburkan.
Berdasarkan perkongsian muat naik tersebut, pada awalnya tiga sekawan itu dapat dilihat sedang posing dengan berbaris seiring dan berlari sambil berpegangan tangan.

Apa yang menyebabkan ia menjadi lucu adalah apabila aktiviti itu kemudiannya disertai oleh seekor anjing kecil yang comel.
Anjing kecil itu dapat dilihat mengejar tiga orang gadis yang berlari di tepi pantai tersebut.

Anjing comel siap pakai baju dan berseluar
Malah anjing itu juga siap memakai baju dan berseluar membuatkan ia lagi nampak comel.
Apabila mereka berhenti berlari, anjing tersebut juga berhenti berlari dan melihat ke arah tiga orang gadis tersebut.
Sambil menggoyangkan ekornya, anjing itu kemudiannya sambung mengejar tiga orang gadis tersebut.
Menerusi video itu lagi, anjing itu bertindak sedemikian dipercayai kerana ia berfikir bahawa tiga orang gadis itu sedang mengajaknya untuk bermain.
Perkongsian video itu telah mendapat reaksi yang pelbagai serta komen daripada pengguna media sosial tersebut.
BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Makin lari makin dia kejar. Dia ingat orang tengah bergurau dengan dia,” tulis seorang netizen.
“Tengok gerakan ekor dia, menandakan dia happy dan suka,” tulis seorang lagi netizen.
“Tak apa boleh sertu, btw comelnya lah puppy tu,” tulis seorang lagi netizen yang mengingatkan tiga orang gadis itu untuk sertu.
@liyanaarefin_ baru nak healing healing hm
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto
Sumber: TikTok/@liyanaarefin_