Siakap Keli
Suspek simbah asid menangis mahkamah
Gambar: Sinar Harian

Warga Emas Suspek Kes Simbah Asid Menangis Teresak-esak Di Mahkamah

Warga Emas Suspek Kes Simbah Asid Menangis Teresak-esak Di Mahkamah

Seorang wanita warga emas yang didakwa menyimbah asid kepada sepasang suami isteri minggu lalu menangis teresak-esak ketika dibawa ke mahkamah hari ini.

Memetik Sinar Harian, wanita berusia lingkungan 60 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.00 pagi, dengan mengenakan jubah biru dan diiringi anggota polis.

Semalam, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Arifin Mohamad Nasir berkata suspek bakal didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan  dengan menggunakan senjata.

Sebelum ini, sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila mereka disimbah asid.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak.

Detik-detik cemas kejadian tersebut berjaya dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berdekatan  bangunan pangsapuri terbabit.

BACA: Anak Malaysia, Alyssa Sertai Universe Ticket, Program Tv Cari Bakat Tubuh Kumpulan K-Pop Baru

Tidak lama kemudian, video berkenaan menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian warga maya.

Dalam rakaman berkenaan, ia menunjukkan seorang individu berdiri berhampiran mangsa ketika menunggu lif, sebelum menyimbah cecair dipercayai asid.

Mangsa kejadian tersebut adalah seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya yang merupakan seorang warganegara Pakistan.

Kedua-duanya dilaporkan telah dibawa ke Hospital Selayang dan menerima rawatan di sana.

Enam hari selepas kejadian, seorang wanita warga emas ditahan bagi membantu siasatan.

BACA: Pasrah Tempoyak ‘Meletup’, Kawasan Dapur Dah Jadi Macam Zon Perang

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.