Siakap Keli
song ji hyo perniagaan feri

Ahli Running Man Terkejut, Song Ji Hyo Dedah Keluarga Miliki Perniagaan Feri 

Ahli Running Man Terkejut, Song Ji Hyo Dedah Keluarga Miliki Perniagaan Feri 

Rata-rata dari kita pastinya tahu mengenai rancangan popular dari Korea Selatan, Running Man. Sudah lebih dari 10 tahun disiarkan, rancangan itu masih lagi mendapat tempat di hati ramai.

Walaupun berganti ahli, para peminat masih lagi setia mengikuti rancangan tersebut sehingga kini.

Bercakap mengenainya, episod terbaru Running Man pada 16 Julai lalu telah menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahlinya, Song Ji Hyo mendedahkan mengenai kekayaan keluarganya.

Menerusi episod 662 itu, setiap ahli dilihat memakai pakaian tradisional dari Dinasti Joseon mengikut kelas sosial yang berbeza.

Selepas berpakaian lengkap, mereka mula membincangkan latar belakang masing-masing dalam kehidupan sebenar.

Ketika itu, Yang Se Chan berkata dia bukan berasal dari keluarga yang kaya.

“Semua orang di sini kecuali saya adalah dari keluarga kaya,” katanya.

Bagaimanapun, Song Ji Hyo menafikannya dan berkata  bapanya hanya bekerja di pejabat.

BACA: “Thank You For Memories,” Lee Kwang Soo Akhirnya ‘Berpisah’ Dengan Running Man Selepas 11 Tahun

Dalam pada itu, Ji Suk Jin bersuara dan memberitahu bahawa ibu Song Ji Hyo mempunyai perniagaan makanan dan minuman.

“Saya dengar sekarang ini dia berada di Haeundae, Busan dan dalam perjalanan untuk urusan perniagaannya,” katanya.

Yu Jae Seok mengangguk dan seolah-olah mengesahkan fakta tersebut.

“Bukankah dia memiliki perniagaan kalgusu?,” katanya.

Mendengar kenyataan itu, Song Ji Hyo ketawa dan memberitahu kepada Ji Suk Jin dan Yu Jae Seok bahawa semua yang mereka katakan tentang ibunya adalah tidak benar.

Dia teragak-agak untuk memberitahu lebih lanjut tetapi tidak lama kemudian dia mendedahkan bahawa ibunya mempunyai perniagaan feri di Tongyeong.

Ia membuatkan ahli Running Man terkejut kerana mereka tidak pernah tahu mengenainya selama ini.

“Selama 13 tahun yang lalu, ini kali pertama saya mendengar mengenai perkara ini.

“Saya tidak tahu bahawa mereka memiliki perniagaan feri,” kata mereka.

Menurut Song Ji Hyo, dia tidak berniat untuk sembunyikan perkara itu selama ini.

“Saya tidak pernah bercakap mengenai kekayaan mereka kerana itu mereka, bukan saya,” katanya

Sehingga kini, pendedahan tersebut mendapat liputan di Korea Selatan dan rata-rata netizen turut terkejut apabila tahu mengenainya.

Malah, ada di antara mereka yang berkata bahawa keluarga Ji Hyo mungkin memperoleh keuntungan jutaan ringgit dari perniagaan itu.

@yeppojihyo

“my parents are my parents, I am me” Humble rick kid🤑 Tongyeong’s daughter and a chaebol Song Jihyo She’s been contemplating for a minute if she’ll share her mom’s job, but they keep on making up stories, and she can’t take it anymore 😭 she really had no plan to share it but she doesn’t want false rumors about her fam🥹 #SongJiHyo #송지효 #宋智孝 ソンジヒョ #runningman #런닝맨

♬ original sound – 예뻐지효 – 예뻐지효

Sumber: SBS Star

Sofea

There's always another side to every story