Terus Nampak Macam Baharu, Ini “Step” Mudah Bersihkan Habuk Pada Kipas
Cuaca panas sememangnya tidak terlepas dengan Malaysia. Lebih-lebih cuaca yang melanda negara sekarang tidak menentu dan menimbulkan kerisauan. Sejak kebelakangan ini suhu di beberapa kawasan dilaporkan naik hingga bahangnya ‘menyengat’ orang ramai meskipun berada di dalam rumah.
Kebiasaannya, orang ramai menggunakan kipas untuk mengurangkan rasa bahang. Bahkan barangan elektik ini juga digunakan hampir setiap hari oleh masyarakat.
Walau bagaimanapun, kipas juga mudah terdedah dengan habuk-habuk yang berterbangan di ruang udara rumah. Meskipun tidak dapat dilihat di udara, namun ia jelas kelihatan apabila habuk-habuk ini terperangkap di celah-celah jejari besi kipas angin.
Habuk-habuk yang terperangkap pada barangan elektrik ini secara tidak langsung membuatkan pergerakan angin yang dihasilkan semakin perlahan. Lebih ‘merenyahkan’ anda perlu membuka penutup kipas untuk membersihkan habuk kotoran yang melekat.
Kadangkala, selepas dicuci, kesan habuk masih kelihatan pada kipas. Tentunya sebahagian daripada kita berfikir apakah langkah yang sesuai digunakan untuk membersihkan kipas angin di rumah.
BACA JUGA: Tukar Benda Ni Je, Lelaki Ajar Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju
Sehubungan itu, hari ini, pihak SK akan berkongsikan satu tips DIY cuci kipas angin di rumah, hanya dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Tanpa membuang masa, mari kita lihat perkongsian Kyvol home tips di bawah.
Tips Cuci Kipas Angin Terus Bersih
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang diperlukan untuk mencuci kipas angin termasuklah baking soda, cuka, sabun basuh pinggan, plastik, botol spray dan span.
Cara-cara
Langkah pertama, sediakan plastik yang boleh menutupi keseluruhan kepala kipas.
Kedua, tuangkan baking soda dalam satu bekas ikut keperluan.
Ketiga, campurkan cuka dan sedikit sabun bersama baking soda tadi. Kacau sehingga sebati.
Seterusnya, masukkan ke dalam botol spray. Semburkan cecair yang telah dibancuh pada permukaan kipas angin anda.
Kelima, kemudian tutup kepala kipas dengan plastik dan ikat. Buka kipas angin dan biarkan selama lima minit.
Keenam, buka plastik dan lihat habuk kotoran yang berada pada jejari kipas tertanggal secara sendiri.
Ketujuh, untuk lebih bersih, gunakan span dan lapkan pada permukaan kipas angin anda.
Selamat mencuba.
@kyvolhometips 👍Useful tips updated everyday: How to clean fan, Easiest way#cleaning #fan #cleaningtiktok #cleaninghacks #cleaningvideo #hometips
Sumber: TikTok @kyvolhometips