Siakap Keli
shuib adik miza
Gambar: Instagram Shuibsepahtu

Shuib Akhirnya Bertemu Dengan Adik Miza, Luah Rasa Rindu Pada Arwah Siti Sarah

Shuib Akhirnya Bertemu Dengan Adik Miza, Luah Rasa Rindu Pada Arwah Siti Sarah

Rindu pada insan yang telah pergi dari dunia seperti rindu yang tidak bernoktah. Lebih-lebih lagi ia melibatkan insan yang sangat dicintai.

Begitulah yang dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu baru-baru ini.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi miliknya mendedahkan pertemuannya bersama seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah persis Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Menerusi video tersebut, Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, sempat bergambar dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Miza.

Turut menemani Shuib bersama dalam pertemuan itu adalah isterinya, Watie Hanifiah yang juga bergambar bersama kanak-kanak berkenaan.

“Rindu dan sayang,” tulis pelawak itu dalam hantarannya.

Dari riak wajahnya, pelawak berusia 39 tahun itu sangat gembira kerana dapat bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah seperti Allahyarhamah.

BACA JUGA: “Merajuk Sampai Nangis,” Cair Hati Tengok, Usaha Watie Cuba Pujuk Matin Dipuji Ramai

Sebelum ini, kanak-kanak tersebut juga telah diziarahi oleh Raisuddin Hamzah bersama isterinya baru-baru ini, maklum Sinar Harian.

Ia berikutan gadis berusia sembilan tahun itu tular di media sosial dengan wajahnya yang persis Allahyarhamah Siti Sarah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Makan Di Kedai Kegemaran Allahyarhamah

Sebelum ini, Shuib turut berkongsikan dalam satu hantaran di platform tersebut berkaitan tempat makan yang digemari Allahyarhamah Siti Sarah.

Difahamkan beliau sempat berkunjung ke lokasi itu bersama Watie bagi mengimbau kenangan lalu.

Menurutnya, kedai itu sering menjadi lokasi pilihan makan tengah hari kegemaran bagi Allahyarhamah sejak 13 tahun lalu.

Jelasnya, Allahyarhamah sering berkunjung ke kedai itu sejak zaman sekolah lagi.

“Dah makan dekat sini dekat 13 tahun, yang perkenalkan tempat ni Siti Sarah Raisuddin masa bercinta dulu. Sarah dah makan dekat sini dari zaman sekolah lagi dan ini memang tempat favourite untuk makan tengah hari.

“Fuh rare kan. Ni pertama kali bawak Watie datang makan dekat sini, yes dia suka! You teman I makan dekat sini pulak okay. Tempat penuh kenangan, makan tengah hari sedap gila!” tulisnya dalam perkongsian itu.

Terdahulu, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada Ogos 2021 berikutan jangkitan Covid-19.

Sumber: Instagram Shuibsepahtu

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?