Siakap Keli
punca falcao tak join jdt
Kredit Sinar Harian

“Kami Tidak Mampu,” TMJ Dedah Punca Falcao Tak Jadi “Join” JDT

“Kami Tidak Mampu,” TMJ Dedah Punca Falcao Tak Jadi “Join” JDT

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa hasrat untuk menandatangani Radamel Falcao tidak menjadi kenyataan kerana harganya terlalu mahal, lapor Sinar Harian.

Bagiamanapun menurut Tunku Ismail, perbincangan bagi membawa pemain kelahiran Colombia itu ke JDT pernah terjadi.

“Kami tidak mampu dengan harga yang beliau inginkan kerana harga itu terlampau mahal. Kami ingin menggunakan bajet yang ada untuk beli dua tiga pemain yang lain untuk pertingkatkan pasukan.

“Jadi dalam ‘strategy wise‘, untuk ‘commercial wise‘ adalah bagus. Sudah tentu beliau adalah pemain yang ‘superstar‘, tapi kita kena ada penilaian realistik dalam kewangan.

“Kerana itulah beliau sudah datang dan berbincang, tetapi kami tidak teruskan kerana tidak mampu untuk mendapatkan pemain tersebut,” katanya dalam satu video di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Sering dilihat melawat fasiliti JDT dan berbalas hantaran dengan Tunku Ismail

Sebelum ini, Falcao pernah dilihat melawat fasiliti JDT pada bulan lepas. Lawatan itu telah membuatkan khabar angin bahawa Falcao bakal menyertai JDT bertiup kencang.

Selain itu, Falcao juga dilihat sering berbalas hantaran dengan Tunku Ismail di laman sosial sejak awal tahun ini.

Dalam pada itu, pendedahan Tunku Ismail itu juga menyatakan bahawa mereka pernah melakukan perbincangan dengan beberapa pemain ternama dunia. Antara nama yang disebut ialah Gerard Pique dan Lucas Podolksi.

BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan

“Memang ramai pemain antarabangsa yang datang berjumpa dengan saya seperti contoh Gerard Pique dan Lukas Podolski pun pernah datang.

“Ramai pemain yang datang jumpa saya untuk ada perhubungan dengan saya dalam industri bola sepak dan juga peluang untuk bekerjasama dalam perniagaan untuk masa akan datang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka