Siakap Keli
tanah mendap Jalan Forest City
Gambar: Astro Awani

Bomba Sahkan Tanah Mendap Di Laluan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas

Bomba Sahkan Tanah Mendap Di Laluan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas

ISKANDAR PUTERI —  Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri mengesahkan berlaku kejadian tanah mendap di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas yang tular di media sosial hari ini, lapor Astro Awani.

Difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd. Noh, pada jam 6.29 petang semalam, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian.

Kejadian yang berlaku di kawasan jalan raya utama di lokasi kejadian menyebabkan mendapan sepanjang 25 meter.

tanah mendap Jalan Forest City
Gambar: Astro Awani

“BBP Iskandar Puteri menggerakkan tujuh anggotanya bersama sebuah jentera ke lokasi yang dilaporkan berlaku mendapan.

“Pemantauan telah dijalankan oleh anggota bagi penilaian risiko dan memastikan keadaan sekeliling selamat.

“Kerja selanjutnya diserahkan kepada pihak polis untuk mengawal lalu lintas di lokasi kejadian,” maklumnya dalam satu kenyataan semalam.

BACA JUGA: Tanah Mendap Di Lestari Perdana Di Serdang, Lima Kenderaan Rosak Teruk

Sementara itu, Pengurusan Forest City dalam satu kenyataan media turut memaklumkan kejadian tersebut.

Gambar: Astro Awani

Kata pengurusan berkenaan, siasatan menyeluruh bakal dilakukan oleh pihaknya berhubung kejadian tanah mendap itu.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi, sebaik sahaja dimaklumkan. Forest City telah menghantar pasukan teknikal ke lokasi kejadian selain turut memaklumkan pihak berkuasa.

“Siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Projek baik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui media sosial Forest City dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Larkin Sentral Terbakar, Empat Kedai Hangus

Pada awal pagi tadi, rakyat turut dikejutkan dengan satu kejadian kebakaran yang berlaku di Larkin Sentral, Johor Bahru.

Lapor Sinar Harian, sebanyak empat kedai dilaporkan hangus dijilat api dalam kebakaran tersebut.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 6.50 pagi tadi.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut.

Sumber: Astro Awani 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?