Siakap Keli
pesawat terhempas greece
Kredit Twitter

Detik Cemas Pesawat Pemadam Kebakaran Di Greece Terhempas Berjaya Dirakam

Detik Cemas Pesawat Pemadam Kebakaran Di Greece Terhempas Berjaya Dirakam

Sebuah video yang memaparkan detik sebuah pesawat pemadam kebakaran di Greece terhempas di lereng bukit lalu terbakar telah tular di media sosial, lapor Newsweek.

Kebakaran hutan di seluruh Greece dilaporkan telah menjadi tumpuan lensa kamera sejak beberapa hari lalu.

Ekoran kebakaran itu, dianggarkan seramai 3,500 orang terpaksa dipindahkan ketika kebakaran dikatakan terus marak.

Pada petang tadi, sebuah pesawat pemadam kebakaran telah terhempas selepas cuba memadamkan api yang sedang marak, menurut laporan berita.

Menurut laporan berita Greece ERT, nahas itu dilaporkan berlaku di Pulau Evie, berhampiran Athens di bandar Karystos.

Video nahas itu telah berjaya dirakam oleh sebuah kamera dan sehingga kini telah ditonton lebih 700,000 tontonan di seluruh dunia.

BACA: Tular Rakaman Ular Sawa Gergasi Ditemui Dalam Tasik Ayer Keroh

Dalam pada itu, masih tidak jelas berapa ramai orang yang berada di atas pesawat itu dan bagaimana nasib kesemua penumpang pesawat tersebut.

Sementara itu, sebuah helikopter telah dikerahkan ke tapak kejadian nahas untuk melihat lebih jelas berkenaan insiden tersebut.

Helikopter Terhempas Di Subang, Tujuh Penumpang Termasuk Juruterbang Stabil

Terdahulu, sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 bernombor pendaftaran 9M-BOF dilaporkan telah terhempas di kawasan apron UniKL MIAT, berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Menurut kenyataan Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM), helikopter itu dilaporkan dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dikatakan sedang menjalankan ujian penerbangan.

Susulan kejadian itu, Menara Kawalan Udara Trafik Subang kemudiannya telah menerima laporan mengenai nahas tersebut pada jam 11:52 pagi tadi.

BACA: Tular Rakaman Ular Sawa Gergasi Ditemui Dalam Tasik Ayer Keroh

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas laporan tersebut diterima.

Kesemua tujuh penumpang termasuk juruterbang dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Siasatan berkenaan kejadian itu akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sumber: Newsweek

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka