Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Individu Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pemandu E-Hailing

Nurhanis
pemandu e-hailing
Kredit: BERNAMA

Tujuh Individu Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pemandu E-Hailing

TAWAU, 25 Julai (Bernama) — Enam anggota polis dan seorang orang awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing awal tahun ini.

Sementara itu bekas Ketua Staf Perisikan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) SAC (suspek pertama) mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama hari ini terhadap dua pertuduhan bersubahat membunuh pemandu e-haling itu awal tahun ini.

Pertuduhan terhadap suspek pertama, 58, dan enam anggota polis suspek kedua, 44, suspek ketiga, 44, suspek keempat, 43, suspek kelima, 47, suspek keenam, 39, dan suspek ketujuh, 44, serta orang awam, 34, dibacakan di hadapan Hakim Dr Lim Hock Leng.

Enam suspek didakwa secara bersama-sama membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5, Tawau antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan lepas.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sementara suspek ketujuh didakwa membunuh Nurman bersama lima anggota polis dan seorang orang awam terbabit di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Suspek pertama pula menghadapi dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman bersama enam tertuduh itu dan satu lagi bersama John Kennedy mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

BACA: Bunuh Syed Danial : Bekas Pegawai Teknologi Maklumat Diperintah Bela Diri

Mahkamah menetapkan 2 Jan hingga April tahun depan untuk perbicaraan kes ini.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Manoj Kurup dibantu Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, Khairul Azreem Mamat serta Low Qin Hui.

Suspek pertama, kelima, keenam, orang awam dan suspek ketujuh diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Chen Wen Jye, Timothy Dave dan Kimberly Ye.

Suspek kedua diwakili peguam Datuk Ansari Abdullah, Abdul Gani Zelika dan Erveana Ansari Ali; suspek ketiga diwakili peguam Hairul Vaiyron Othman dan Luke Ressa Balang manakala suspek keempat diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Zahbia Ophent dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Pihak pendakwaan dijadual memanggil 25 hingga 30 saksi termasuk beberapa pakar untuk memberi keterangan manakala pihak pembelaan dijangka memanggil 32 saksi.

Pada 8 Feb lepas, suspek kedua, keempat, kelima, keenam serta orang awam, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman, manakala suspek pertama didakwa bersubahat dengan enam tertuduh itu membunuh lelaki itu.

Suspek ketujuh pula, pada awalnya merupakan saksi kes pendakwaan, namun pada 11 April lepas lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini bagi pertuduhan membunuh.

Pada 7 Julai lepas, suspek pertama didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana bersubahat dengan suspek ketujuh untuk membunuh Nurman.

Sumber: BERNAMA