Siakap Keli
Baddrol Bakhtiar
Kredit Astro Awani

Baddrol Bakhtiar Sah Bertanding Untuk PN Bagi Kawasan DUN N22 Gurun

Baddrol Bakhtiar Sah Bertanding Untuk PN Bagi Kawasan DUN N22 Gurun

Baddrol Bakhtiar sah menjadi calon bagi Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Baddrol Bakhtiar dilaporkan bakal merebut kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) bagi kawasan N22 Gurun, Kedah.

Sebelum ini, nama Baddrol antara yang disebut-sebut oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi sebagai calon bagi PRN kali ini.

Terdahulu, Baddrol dilapor memutuskan untuk meninggalkan pasukan yang diwakilinya ketika ini, Sabah FC dan bersara daripada sukan tersebut.

Menurut Sinar Harian, langkah untuk ‘berhijrah’ diambil oleh Baddrol sempena Maal Hijrah baru-baru ini.

“Saya ingin berhijrah daripada bidang bola sepak kepada bidang baru ini, bidang politik.

Nak Pertahan Sanusi, Baddrol Bakhtiar Dedah Dua Lagi Sebab Masuk Politik

Ujar Baddrol lagi, selain ingin memperjuangkan agama dan bangsanya, beliau masuk dunia politik juga kerana mahu mempertahan kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Itu sebab saya terbuka hati untuk perjuangkan beliau dan mempertahankan negeri Kedah ini di bawah beliau.”

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Sembang Santai Geng Muda di Kampung Lubuk Perong, pada malam Jumaat.

Turut hadir, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu, Mohd Radzi Md Amin dan legenda bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din.

Difahamkan, Muhammad Radhi pernah bertanding mewakili parti berkenaan bagi kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Justeru, bekas pemain kebangsaan berusia 35 tahun itu menyatakan harapannya agar masyarakat Kedah dapat memilih pemimpin yang baik.

BACA: Baby Shima Umum Bertanding PRN

Baginya, rakyat sebaik-baiknya memilih pemimpin yang dapat mendengar keluhan rakyat dan membantu untuk meringankan beban yang ditanggung.

Memetik Sinar Harian lagi, Baddrol dan Radhi merupakan antara nama yang bakal menjadi calon Perikatan Nasional (PN) pada PRN Ini.

Radhi (58) dipercayai bakal ditempatkan sebagai calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu. Manakala, Baddrol pula didakwa bakal mewakili PN di DUN Bukit Selambau.

Sumber: Astro Awani Live

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka