Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Maklumat Elaun Madani Kepada Penjawat Awam Adalah Palsu – Kementerian Kewangan

Elaun Madani palsu
Gambar: Fb Kementerian Kewangan

Maklumat Elaun Madani Kepada Penjawat Awam Adalah Palsu – Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Poster yang tersebar di media sosial mendakwa kerajaan akan memperkenalkan Elaun MADANI dengan bayaran minimum RM800 kepada penjawat awam adalah tidak benar.

Kementerian Kewangan menerusi hantaran di Facebook hari ini menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu di media sosial.

BACA JUGA: Kenyataan Media Dakwa Zulkapli Disiasat Adalah Palsu – JPM

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu.

Sumber: BERNAMA