Siakap Keli
MITI Day Pulau Pinang
Kredit: Bernama

2,500 Pekerjaan Menanti Belia & Pencari Kerja DI MITI Day Pulau Pinang Pada 30 Julai 2023

Selaras dengan teras Ekonomi MADANI yang Baharu diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai 2023, MITI Day 2023 yang bertemakan Perkasa Industri, Maju Ekonomi anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bakal menawarkan, antara lainnya, hampir 2,500 peluang pekerjaan kepada belia dan pencari kerja, dan menyasarkan seramai 7,000 pengunjung dari sekitar Kawasan Tasek Gelugor. MITI Day yang dianjurkan dengan sokongan 13 agensi MITI ini akan berlangsung di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Pulau Pinang pada 30 Julai 2023. 

Bagi pencari kerja, Eksplorasi Kerjaya MITI Day di Pulau Pinang ini akan  disertai oleh 16 syarikat asing dan tempatan daripada pelbagai sektor  perkilangan dan perkhidmatan terpilih seperti Kenderaan Elektrik, Elektrikal dan Elektronik, Automotif, Makanan & Minuman, Peralatan Perubatan dan  lain-lain. Selain peluang pekerjaan, pelbagai syarikat juga menawarkan  program latihan Internship dan Industry Career Talk

MITI Day yang dianjurkan sejak 2016 bertujuan mendekatkan rakyat kepada MITI, dan juga bagi meningkatkan perhatian PMKS tempatan terhadap peluang perniagaan melalui sektor-sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan di Malaysia.

Komuniti perniagaan atau bakal usahawan boleh mendapat pelbagai maklumat dan manfaat dari taklimat pocket talks mengenai keusahawanan, pembiayaan perniagaan, dan fasilitasi eksport bagi meneroka pasaran ke peringkat antarabangsa seperti “Terokai Pasaran Antarabangsa Bersama MATRADE”, Financing for SME, Mid-Tier & Large Businesses, SIRIM Innovation Talk, Productivity Step Up, Go Export Financing Programme, Inisiatif Academy in Industry dan “Peluang Dalam Industri Halal”

MITI Day di Pulau Pinang akan dirasmikan oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada hari Ahad, 30 Julai 2023. Antara mereka yang bakal hadir di majlis perasmian termasuk YAB Tuan Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang), YB Liew Chin Tong (Timbalan Menteri MITI), YBhg  

Datuk Seri Isham Ishak (Ketua Setiausaha MITI), serta pegawai- pegawai kanan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, MITI dan MajlisBandaraya Seberang Perai. 

Majllis perasmian MITI Day 2023 pada tahun ini juga menyaksikan Penyerahan siijil Rakan Strategik Academy in Industry (AiI) & Sijil Productivity Champion, pelancaran Majlis Pelancaran Industry Led Profesionnal Certificate Programme (IPC) dan Sijil Penyertaan kepada Syarikat Pempamer Eksplorasi Kerjaya MIDA.  

MITI Day 2023 disokong oleh rakan-rakan strategik MITI iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd dan Majlis Bandaraya Seberang Perai. Aktiviti-aktiviti lain yang akan dianjurkan termasuk gerai-gerai Usahawan PKS, selebriti tempatan, senamrobik/ zumba. food truck, dan Productivity Fun Run. 

MITI Day 2023 juga bakal diadakan di Selangor (5 Ogos) dan Negeri Sembilan (akan diumumkan). 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa